Sebut sahaja resepi japanese cheesecake gebu gebas , terus terbayang dalam kepala rasa keju yang sedap , kek yang gebu gebas dengan tekstur kek yang ringan , ohh sedapnya la kan. Anak-anak sangat suka bila bab cheese ni kan.
Sebab resepi japanese cheesecake ni simple dan mudah dibuat , jadi tak de masalah kalau anak-anak minta nak makan Terus saya godek bahan yang ada .Cuma cheese je beli sebab abes stok. Kek ni juga ada yang panggil cheesecake , cotton cheesecake, kek keju goyang.Apa-apa jelah asalkan hasilnya puas hati kan.
Resepi japanese cheesecake ni bukan dalam sukatan cawan sebab untuk elakkan kek awak mendap , tak menjadi sebab tersalah sukat ya .Tapi senang je saya berikan sukatan bahan dalam gram. Tapi kalau dh expert, boleh la guna cawan. Kan kan.
Anda juga boleh cuba Mudahnya Resepi Kek Coklat Lava Sukatan Cawan Untuk Anda Cuba disini .
Bahan-bahan resepi japanese cheesecake menggunakan loyang saiz 8 ya.
- 4 biji telur Gred A or 5 biji Gred B.Asingkan putih/kuning
- 1 sdt esen vanilla
- 200 ml susu segar
- 70 gram buttercup
- 70 gram self raising flour
- 70 gram gula halus
- 5 keping cheese
Cara buat cheesecake ni pula boleh tengok video tutorial yang saya berikan di atas atau di bawah ni ea:
#1: Panas oven dengan letak air mendidih 180’C 10-15 minit.Double boil – susu/butter/cheese .Ketepikan bila dah mendidih
#2: Whisk kuning telur sampai berbuih + esen vanilla.Ketepikan
#3: Untuk buat meringue, tips dia jangan terus speed laju. Tapi perlahan hingga berbuih kecik penuh, baru masukkan gula halus sikit-sikit. Lepas tu naikkan speed sekitar 1 minit n check dh sampai soft peak atau tak seperti dalam video di bawah. Jangan over nanti kek mendap tengah or tepi.
#4: Masukkan bahan double boil tadi ke dalam adunan kuning telur. Kacau n ayak tepung . Lepas tu kacau sampai halus
#5: Baru masukkan meringue putih telur .Masukkan 1/3 setiap kali masuk, n kaup balik manja. Jangan kacau ganas-ganas nnt ruang udara dia hilang.Kek tak gebu.
#6: Guna loyang saiz 8. Bahagian tepi balut dengan aluminium . bahagian bawah alas dengan parchment paper or baking paper.
Masukkan adunan ke dalam loyang , hentak sekali dua ja. Lepas tu bakar pada suhu 165’C- 170’C guna teknik waterbath.
#7: Ini cara saya.20 minit pertama api atas bawah kipas on ( jika ada kipas ).Buka oven n tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil tuk elakkan hangit x cantik.api atas bawah kipas on ( jika ada kipas ).Bakar lagi selama 40 minit. Jadi total waktu adalah 60 minit ya.
#8: Bila dh masak, keluarkan terus dari oven n terbalikkan.Sejukkan 15-20 minit. Lepas tu baru keluarkan dari loyang n terbalikkan ke atas. Bila dah sejuk baru potong.Baru cantik kejadiannya. Jom cuba buat nanti.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom
Video Tutorial Japanese Cheesecake