Resepi Kacang Goreng Rangup Untuk Kudapan.Best Dan Mudah

7840
Kami berikan resepi kacang goreng rangup yang puas hati bila anda buat. Tak masuk angin, tak lembik dan kekal rangup.Memang kena cuba ni untuk menu kudapan

Kalau duduk tengok tv, memang elok la anda buat resepi kacang goreng rangup ni. Senang dan mudah untuk disediakan. Buat sekali banyak terus, lepas tu simpan dalam bekas kedap udara. Sedap buat ratah sambil tengok tv kan.

Anda takut resepi kacang goreng dah tak rangup sebab masuk angin ? Jangan risau, ikut sahaja tips ini untuk pastikan kacang tidak lembik dan masuk angin.

Kacang tanah yang anda beli mestilah anda nak basuh kan. Sebab tak tahu kotoran apa yang melekat pada permukaan kacang. Basuh je macam biasa, tos kan.

Tapi jangan terus buat, ratakan atas dulang dan jemur di bawah sinar mentari untuk 3-4 jam. Bagi pastikan kacang tanah betul-betul kering. Kalau rumah apartmen, jemur di balkoni aje. heee.

BACA DI LINK BARU : Resepi Puteri Ayu Gebu Dan Lembut Sangat Beserta Tips Best

Ini tips paling mahal selain daripada pastikan kacang tanah anda jangan kena air sebelum goreng. Bila dah tahu tips camni, buat untuk makan sendiri pun best. Kalau ada lebih, boleh buat jual.Pendapatan tambahan tu. Rugi.

Kacang tanah anda tak perlu buang kulit atau disangai terlebih dahulu untuk buat resepi kacang goreng rangup ni ea.

Kami berikan resepi kacang goreng rangup yang puas hati bila anda buat. Tak masuk angin, tak lembik dan kekal rangup.Memang kena cuba ni untuk menu kudapan

Terima kasih kepada Puan Shazirah Omar yang sudi berkongsi resipi kacang goreng rangup kepada kita semua.Semoga murah rezeki Puan. Bahan resepi yang diberikan ialah untuk 1 kilogram kacang tanah ya. Kalau anda nak buat lebih, gandakan sahaja bahannya.

Bahan Resepi Kacang Goreng Rangup : 

  •  1 kilogram kacang tanah
  • 2 biji telur ayam gred A
  • 2 cawan gula
  • 2 sudu makan garam
  • 3-5 sudu makan serbuk cili merah bergantung pada selera
  • Tepung gandum secukupnya

Cara Buat Resepi Kacang Goreng Tepung Sedap :

#1: Seperti biasa, siapkan kacang tanah ikut cara seperti di atas, lepas tu ambil dan masukkan dalam bekas besar/besen.Ketepikan. Kisar halus sebati gula,garam serta serbuk cili dan telur.

Tuang masuk dalam bekas yang mengandungi kacang tanah dan gaul sebati biar basah.

#2: Ambil tepung gandum menggunakan senduk dan ayak rata atau goyang-goyang dengan tangan ke atas permukaan kacang tanah. Buat hingga kacang tanah dah bersalut cantik dengan tepung gandum.

Bersalut sebiji-biji baru sedap.Panaskan minyak dengan api sederhana.Guna minyak banyak ya dan kuali besar sedikit dalam saiz 34 cm ke atas.

Kami berikan resepi kacang goreng rangup yang puas hati bila anda buat. Tak masuk angin, tak lembik dan kekal rangup.Memang kena cuba ni untuk menu kudapan

Tuang masuk kacang tanah ikut saiz kuali. Kalau besar, tuang banyak sikit. Masak guna api sederhana hingga kacang masak sepenuhnya.

Kalau berbuih, takpe, memang macam tu dan bila dah kurang buih sedikit, itu tanda kacang anda dah mula masak. Angkat dan toskan.

Bila dah sejuk, siap dah kacang goreng tepung rangup dan boleh masuk ke dalam bekas kedap udara. hee. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom