Resepi Kacang Kuda Rebus Bersalut.Kudap-Kudap Best

13590
eloklah anda buat resepi kacang kuda rebus bersalut ini sebagai stok kudap-kudap anda dikala kelaparan. Boleh simpan di dalam peti untuk tahan lama.

Memandangkan kita masih bekerja dari rumah, eloklah anda buat resepi kacang kuda rebus bersalut ini sebagai stok kudap-kudap anda dikala kelaparan. Boleh simpan di dalam peti untuk tahan lama.

Tips untuk jadikan resepi kacang kuda rebus bersalut ini tak hancur dan tak keras ialah :

Pastikan anda telah merendam kacang kuda di dalam air selama semalaman atau 8-9 jam. Contoh nya, nak masuk tidur, rendamlah dulu kacang kuda untuk direbus pagi esok. Gituu

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Lapis Labu Best Cantik Tanpa Pewarna. Sedapp


Semasa membuat proses salutan pula, untuk elakkan kacang kuda menjadi terlebih lembik, pastikan salutan suam sebelum masukkan kacang kuda yang siap direbus.

Jangan masukkan pada salutan yang masih panas. Nanti hancur jadi isi kacang kudanya.

Dah tahu tips berguna,bolehlah buat kan. Terima kasih kepada Puan Atiqah Zaki di atas sumbangan resepi ini.

Bahan Resepi Kacang Kuda Rebus Bersalut Sedap :

  • 2 cawan kacang kuda direndam semalaman.

Bila dah siap rendam, toskan dan rebus atau kukus sehingga lembik dan sedap dimakan.Selepas masak, ketepikan dan buat proses salutan ini.

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong dihiris halius
  • 1 ulas bawang putih dihiris halus
  • 4-5 tangkai cili kering dipotong 3
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan bancuhan serbuk kari
  • Sedikit air, garam dan serbuk perasa

eloklah anda buat resepi kacang kuda rebus bersalut ini sebagai stok kudap-kudap anda dikala kelaparan. Boleh simpan di dalam peti untuk tahan lama.

Cara Buat Resepi Kacang Kuda Bersalut Kari :

#1: Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau seketika dan masukkan air.

Anggaran air ialah biar cukup untuk buat salut kacang kuda nanti.

Biarkan mendidih dan masukkan garam serta serbuk perasa.Tutup api dan biarkan suam.

Bila dah suam baru masukkan kacang dan kacau perlahan supaya semua bersalut. Dah siap dah kacang kuda bersalut kari.

eloklah anda buat resepi kacang kuda rebus bersalut ini sebagai stok kudap-kudap anda dikala kelaparan. Boleh simpan di dalam peti untuk tahan lama.

Tapi kalau nak lebih sedap maklan, masukkan dalam peti ais sekitar 1 jam minima dan barulah dimakan. Tujuan untuk biarkan salutan meresap masuk ke dalam isi kacang kuda.

Kalau anda nak letak ikan bilis goreng pun takde masalah. Terpulang pada selera. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom