Resepi Kari Ketam Style Melayu Dan Sri Lanka Ni Memang Wajib Cuba

6871
Buat anda yang nak cuba resepi kari ketam ni, boleh cuba resepi gabungan dua negara ni. Memang sedap rasa kuah kari ketam dimasak cara macam ni. Best

Resepi kari ketam hari ni sebenarnya kami dapat ilham daripada video food review oleh Mark Weins yang makan ketam nipah di Sri Lanka. Dekat sana popular dengan ketam nipah ni yang saiz besar-besar.

Nak pergi ke Sri Lanka entah bila kan, so dengan tengok cara diorang masak, maka terhasil la kari ketam nipah dengan campuran Sri Lanka dan Melayu ni. Ketam nipah yang digunakan adalah hidup dan segar. Jangan beli ketam nilah yang dah mati.Nanti dapat isi yang lembik atau busuk. Jadi kalau nak beli, pilih yang hidup. Cara nak matikan dengan betul dan siang ketam nipah ada kami sediakan dalam video tutorial resepi kari ketam di bawah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Snow Almond Lengkapkan Menu Biskut Raya Anda

Nak sedap pilih dalam anggaran berat untuk seekor ketam sekitar 600-800 gram. Pilih juga ketam jantan untuk dapatkan isi yang lebih banyak di bahagian sepit. Harga untuk sekilo untuk kategori berat seperti ini dalam RM 78.00 sekilo. Ini harga kami beli di Pasar Seremban ya. Ada RM 50 sekilo tapi saiz berat untuk seekor lebih ringan.

Untuk bahan tumis, kami memang tak sukat kuantiti tapi gunakan sedikit-sedikit sahaja untuk dapatkan bau wangi bahan ini semua ikut style Sri Lanka. Manakala rempah-rempah kari kami guna dari Kelantan. Beli sahaja dari Puan Afy Al Habibi ( nama fb ). Memang terbaik. Boleh tengok video tutorial kari ketam di bawah ya.

Bahan Resepi Kari Ketam Nipah :

Untuk ketam nipah dalam anggaran 1-1.5kg .

Bahan Tumis :

Guna sikit-sikit sahaja untuk dapatkan bau wangi.Jadi kami tak sukat. Bahannya adalah rempah tiga sekawan,daun kari,bunga kantan 3 kelopak, serai,halia,daun pandan,tomato,batang saderi.

Bahan Lain :

  • Ketam seberat 1.1kg
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • 2 biji buah pelaga ditumbuk dengan 2 sdm udang kering
  • 2 1/2 sudu makan bawang kisar
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 2 1/2 sudu makan rempah kari
  • 1 1/2 sudu makan rempah kerutuk
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 santan pekat
  • Gula melaka atau gula putih,garam dan serbuk perasa secukupnya

Kalau anda nak letak asam jawa atau kerisik pun boleh tiada masalah. Kami tak letak sebab habis.hee

Buat anda yang nak cuba resepi kari ketam ni, boleh cuba resepi gabungan dua negara ni. Memang sedap rasa kuah kari ketam dimasak cara macam ni. Best

Cara Penyediaan Resepi Kari Ketam Sedap Sangat Ni :

#1: Tengok video di bawah untuk jelas ea. Bersihkan dan potong ketam kepada saiz yang sesuai.Ketuk sepit bagi pecah sikit dengan ulu lesung supaya kari masuk dalam isi di bahagian sepit. Panaskan minyak dan mula tumis bahan tumis hingga naik bau wangi danlayu. Guna api sederhana je. Tambahkan bawang kisar, cili kisar dan biarkan pecah minyak.

Masukkan buah pelaga yang ditumbuk dengan udang kering dan biarkan pecah minyak lagi.

#2: Masukkan rempah kari,kerutuk dan serbuk cili. Kecilkan api sikit,gaul sebati dengan minyak dan baru tambahkan dalam anggaran 1/2 cawan air. Biarkan serbuk kari masak dan pecah minyak beberapa kali.Jangan biarkan hangit ea.

#3: Dah pecah minyak, masukkan isi ketam bersama-sama kulit dan sepit. Kacau sebati, masukkan santan pekat serta 1 cawan air. Tutup kuali/periuk dengan kuali dan biarkan ketam masak dan mereneh dalam kari selama 20-25 minit ikut saiz ketam.

Buat anda yang nak cuba resepi kari ketam ni, boleh cuba resepi gabungan dua negara ni. Memang sedap rasa kuah kari ketam dimasak cara macam ni. Best

Buka dan kacau sesekali kari ketam supaya aroma kari masuk dalam isi ketam. Habis 20 minit, masukkan gula melaka atau gula putih bersama garam dan serbuk perasa ikut tahap selera anda.

Dah siap.Memang sedap kari ketam di masak camni.Dengan kuah pekat dan wangi masuk dalam isi ketam.Terbaik.Nak pecahkan sepit, guna je ulu lesung.Hee Tengok je video tutorial ni.

VIDEO RESEPI KARI KETAM :