Resepi Karipap Ikan Istimewa Hidangan Terengganu.Best Tau

7985
Biasa kita makan karipap kentang, karipap sardin, tapi istimewa karipap ikan ,hidangan datang daripada Terengganu, ianya berintikan sambal ikan. Memang sedap

Hari ini kami nak berikan resepi karipap ikan. Biasa kita makan karipap kentang, karipap sardin, karipap telur, tapi istimewa hidangan datang daripada Terengganu, ianya berintikan ikan. Memang sedap

Untuk mudah anda hasilkan acuan resepi karipap ikan seperti ini,boleh cari di Shopee dan taip sahaja acuan karipap tiga segi atau acuan samosa. Nanti akan keluar carian dan pilihlah yang mana berkenan. Mudah kan.

BACA DI LINK BARU :Resepi Kek Marble Jelita Lembut Habiss.Best Sangat Resepi Lengkap

Rasa inti karipap ikan ini sangat sedap. Dengan rasa ikan rebus yang dimasuk campur dengan halba, santan , kelapa parut dan lain-lain lagi, pasti menawan deria rasa anda.

Terima kasih kepada Tuan Badrul yang sudi berkongsi resepi karipap ikan kepada kami semua. Kalau anda nak frozekan karipap ikan ini pun tiada masalah. Cara nya ialah masak/goreng 1/3 masak dan terus keluarkan. Masukkan ke dalam plastik bersih, seal dan boleh disimpan di ruangan sejuk beku.

Nak makan nanti goreng sahaja.Mudah kan.

Bahan Resepi Karipap Ikan Terengganu Istimewa :

Kalau anda rasa sukatan adunan ini banyak , boleh bahagi 2 atau 3 ikut kuantiti yang anda mahu ya.

  • 1 kilogram tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak*
  • 2 sudu makan membukit majerin*
  • 1 sudu makan air kapur
  • 1 sudu teh garam
  • 350 ml air sejuk peti@penapis air

Untuk air sejuk, anda juga boleh ketuk ais dan masukkan air.Biarkan seketika lepas itu sukat 350ml. Bahan yang bertanda * pula dipanaskan hingga mulai cair.

Biasa kita makan karipap kentang, karipap sardin, tapi istimewa karipap ikan ,hidangan datang daripada Terengganu, ianya berintikan sambal ikan. Memang sedap

Cara Buat Resepi Karipap Ikan Mudah :

#1: Dah siap panaskan bahan yang bertanda, masukkan ke dalam bekas yang senang untuk anda menguli. Tambah dengan tepung gandum, air kapur,garam dan mulah uli dengan senduk dahulu sebab panas.

Barulah masukkan air ais dan uli dengan tangan hingga menjadi doh.Masukkan air sedikit demi sedikit. Bila dah tak melekat di tangan dan lembut, biarkan doh 1/2 jam .Perap. Boleh lah buat inti ikan.

Bahan Inti Ikan : 

  • 1 kilogram ikan selayang/kembung
  • 50 ml santan pekat
  • 5 sudu makan kelapa parut
  • 7 biji bawang merah saiz 50 sen lama*
  • 4 ulang bawang putih *
  • 1/2 cm hirisan halia *
  • 1 sudu makan halba yang telah direndam selama 1/2 jam

Biasa kita makan karipap kentang, karipap sardin, tapi istimewa karipap ikan ,hidangan datang daripada Terengganu, ianya berintikan sambal ikan. Memang sedap

Cara Buat Inti Ikan :

#1: Rebus dahulu ikan bersama asam keping, gula melaka sedikit. Bilah dah masak, buang tulang ikan dan ambil isi. Kisar bahan yang bertanda dan campur masuk dengan isi ikan.

Masukkan isi ikan ke dalam kuali dan tambah garam,gula,santan sehingga mulai kering. Bila hampir kering, tambah halba dan kelapa parut. Pastikan rasa sambal ikan ini manis-manis masin baru sedap.

Keringkan ikut selera anda.

#2: Doh tadi dibulat-bulatkan dalam anggaran 30 gram setiap satu atau ikut saiz anda mahu. Gelek leper dan masukkan ke dalam acuan tiga segi. Tambah 1 sudu makan ikan inti dan barulah ditutup untuk bentukkan klem sisi.

Bila dah siap, panaskan minyak guna api sederhana dan boleh goreng. Guna api sederhana ya. Dah siap. Selamat mencuba resepi karipap ikan ini.Sedap.

Biasa kita makan karipap kentang, karipap sardin, tapi istimewa karipap ikan ,hidangan datang daripada Terengganu, ianya berintikan sambal ikan. Memang sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom