Resepi Kaswi Pandan Best Lemak Manis Bersalut Kelapa

98531
Kalau sebelum ni dah ada resepi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resepi kaswi pandan yang sama sedap. Nak bertambah sedap,gunakan jus pandan asli

Kalau sebelum ni dah ada resepi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resepi kaswi pandan goyang yang sama sedap. Nak bertambah sedap,gunakan jus pandan asli hasil daripada kisaran daun pandan.

Makan pula dengan kelapa parut yang diambil daripada kelapa sederhana tua, memang lain macam sedap dia.

Antara tips kuih kaswi pandan untuk dapatkan permukaan yang cantik adalah anda perlu alas / tutup permukaan pengukus dengan kain tuala untuk elakkan wap air menitik ke permukaaan kuih yang sedang dikukus.

Kuih kaswi memang tak lari penggunaan kapur makan dalam resepinya.Bukan kapur barus ya.Tapi elakkan penggunaan yang terlebih sebab bolehkan kuih kaswi menjadi pahit.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Lepat Sagu Tak Perlu Dikukus.Sedap Tapi Mudah

Apa fungsi nya ?

Kapur makan untuk bantu adunan kuih kaswi tadi menjadi likat dan kental.Barulah tak lembik kuihnya melekat pada loyang pengukus kan. Tu yang anda tengok di dalam gambar, resepi kaswi pandan boleh digulung. Sebabnya, ianya kenyal.

Kalau sebelum ni dah ada resepi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resepi kaswi pandan yang sama sedap. Nak bertambah sedap,gunakan jus pandan asli

Satu lagi tips untuk potong kuih kaswi pandan ini supaya kemas dan cantik adalah biarkan kuih betul-betul sejuk selepas dikukus dan potong menggunakan pisau plastik.Oleskan sedikit pisau dengan minyak dan barulah dipotong.Jangan angkat pisau dari jalur potongan supaya lurus.

Terima kasih kepada Opah Mas Cotek di atas sumbangan resepi kaswi pandan kerana sudi berkongsi kepada kami semua. Moga bertambah rezeki opah.

Bahan Resepi Kaswi Pandan Lemak Sedap :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan dari 6 helai pandan
  • 4 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau star brand

Cara Buat Resepi Kaswi Pandan Goyang :

#1: Menggunakan pengisar, campur 2 cawan air dengan 6 helai daun pandan yang dipotong.Kisar dan tapis untuk dapatkan jus pandan asli.

Kemudian masukkan dalam pengisar semula,tambah masuk tepung gandum, tepung ubi, santan pekat,gula,air kapur dan pewarna. Kisar hingga semua bercampur sebati.

#2: Tambahkan baki air tadi dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas lain untuk dapatkan tekstur kaswi pandan yang cantik nanti. Panaskan pengukus dengan air hingga mendidih dan sapukan sedikit minyak pada loyang saiz 10×10.

Kalau sebelum ni dah ada resepi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resepi kaswi pandan yang sama sedap. Nak bertambah sedap,gunakan jus pandan asli

Masukkan adunan ke dalam bekas dan kukus selama 40 minit. Dah selesai, buka penutup dan kukus lagi 10 minit untuk biarkan kuih kaswi anda kering daripada air di permukaan. Anda boleh juga lap permukaan dengan tisu dapur.

Barulah hasilnya cantik dan licin. Biarkan kuih kaswi pandan betul-betul sejuk sebelum dipotong dengan pisau dan dicampurkan dengan kelapa parut putih berserta sedikit garam.

Selamat mencuba resepi kaswi pandan sedap ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Kalau sebelum ni dah ada resepi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resepi kaswi pandan yang sama sedap. Nak bertambah sedap,gunakan jus pandan asli