Resepi Kek Batik Cheese Yang Sedap Tapi Sangat Mudah

20320
Sedapnya resepi kek batik cheese yang mudah ni.Tips untuk mudah keluarkan kek batik ,gunakan plastik pada lapisan bawah.Cream cheese tuk permukaan kek batik pula boleh guna dari brand Tortura.Biskut untuk kek batik cheese ni boleh guna biskut Marie atau Digestive.

Antara resepi kek yang mendapat permintaan yang tinggi adalah kek batik cheese.Kalau sebelum ni popular dengan kek batik, kali ni kita tambah lapisan cheese pada permukaan atas .Memang betul-betul sedap.

Kalau nak buat kek batik cheese yang betul berpuas hati pada keluarga,yang pertama gunkana unsalted pure butter. Bukan buttercup.Alah , untuk family boleh je kan.Bukan selalu buat .

Untuk lapisan cheese pula,pilih cream cheese jenama tortura pun ok sangat dah. Kek batik ni makin lama dalam peti ,makin sedap kan.

Sebab dalam kek batik cheese ni ada penggunaan telur, jadi untuk hilangkan hanyir telur adalah gunakan esen vanilla.Selain tu , jangan lupa buang mata telur yang sebabkan bau hanyir.Cara untuk kenal pasti adalah tengok yang jenis berlendir merah dalam putih telur.

Antara biskut yang menjadi pilihan untuk dijadikan kek batik cheese adalah daripada brand Marie atau boleh pilih yang ada tulisan Digestive pada permukaan biskutnya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Batik Lembut Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Ini bermaksud biskut tu mudah lembik.Jadikan kek batik lebih lembut dan sedap.Tak lah keras sangat seperti sesetengah yang dijual tu.

Resepi kek batik cheese ini adalah hasil sumbangan Puan Bin Bini Aziz .Terima kasih kepada beliau dan jika anda berminat nak tengok resepi lain, boleh la ke fb beliau.

Sedapnya resepi kek batik cheese yang mudah ni.Tips untuk mudah keluarkan kek batik ,gunakan plastik pada lapisan bawah.Cream cheese tuk permukaan kek batik pula boleh guna dari brand Tortura.Biskut untuk kek batik cheese ni boleh guna biskut Marie atau Digestive.

Bahan-bahan Resepi Kek Batik Cheese :

  • 200 gram serbuk milo
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 gram butter atau mentega
  • 3 biji telur gred A
  • 400 gram biskut Marie atau Digestive

Cara Penyediaan Kek Batik Cheese :

#1: Dalam bekas, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kocok atau pukul sehingga sebati.Masukkan esen vanilla.Kacau sebati dan ketepikan seketika.

#2: Panaskan kuali dan masukkan butter pada suhu bilik untuk dicairkan .Gunakan api kecil sahaja.Bila dah cair baru masukkan serbuk milo bersama susu pekat manis, adunan telur bersama esen tadi.

Gaul sebati guna senduk kayu dan gaul lagi sehingga adunan mula pekat barulah masukkan biskut pilihan tadi.Gaul rata dan tutup api. Dalam bekas atau loyang 7 1/2 inci yang anda nak guna , lapikkan plastik atau aluminium foil pada lapisan bawah untuk mudah dikeluarkan kek batik cheese anda tu.

#3: Masukkan adunan biskut tadi dan tekan padat ke dalam bekas.Dah padat, masukkan dalam peti seketikan.Kita sambung dengan lapisan permukaan cream cheese ya.

Sedapnya resepi kek batik cheese yang mudah ni.Tips untuk mudah keluarkan kek batik ,gunakan plastik pada lapisan bawah.Cream cheese tuk permukaan kek batik pula boleh guna dari brand Tortura.Biskut untuk kek batik cheese ni boleh guna biskut Marie atau Digestive.

Bahan Cream Cheese Untuk Permukaan Atas Kek Batik Cheese :

  • 250 gram cream cheese
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam Gred A

Dalam satu bekas , masukkan semua bahan dan gunakan mixer tangan.Mix semua adunan sehingga sebati.Tuang ke atas lapisan pemrukaan kek batik dan bakar sekejap di dalam oven pada suhu 160’C selama 5 minit guna api atas sahaja.

Tujuannya supaya ke batik cheese kita menjadi lebih lemak berkrim.Dah siap dah.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom