Untuk mencari kelainan, resepi kek batik indulgence yang sangat sedap ini memang berbaloi untuk anda cuba. Dengan rasa kek batik seperti kek dan permukaan atas dilimpahi lapisan whipping cream bercampur ganache coklat, kami rasa tak bertahan lama di dalam peti. Habis masuk ke dalam mulut.Hee
Tips untuk memotong kek batik indulgence dengan licin dan cantik ialah, pertamanya anda kena sejukkan betul-betul kek batik di dalam peti ais selama 4-5 jam.
BACA DI LINK BARU :Resipi Kek Marble 5 Bahan Best Gebu Untuk Anda Cuba
Rendam pisau tajam di dalam air panas dan gunakan pembaris. Anda boleh dapatkan pembaris pembaris pemotong kuih secara online. Tarik satu hala dan selepas siap satu arah, terus celup semula ke dalam air panas dan lap pisau dengan tisu dapur supaya tiada coklat yang melekat.
Cara ini akan jadikan potongan kek batik indulgence anda cukup kemas dan menarik untuk dipandang.
Terima kasih kepada Puan Rozmaliza Omar di atas sumbangan resepi kek batik indulgence ni. Sangat lengkap dan boleh kami semua buat di rumah pula.
Bahan Resepi Kek Batik Indulgence Sedap :
Bahan Kek Batik Biskut Marie :
- 2 bungkus/ 600 gram biskut marie
- 250 gram buttercup
- 200 gram milo
- 2 sudu makan serbuk koko
- 3 biji telur ayam gred B
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu segar
Cara Buat Resepi Kek Batik Indulgence – Kek Batik :
#1: Patahkan semua biskut dan ketepikan.Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu pekat dan susu segar ke dalam kuali dan masak dengan menggunakan api sederhana.Kemudian masukkan buttercup. Masak sampai butter cair.Gaul hingga pekat dan sekata.
Masukkan biskut Marie dan gaul hingga bersalut.Tekankan adunan yang telah siap ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan kertas minyak.Sejukkan sebentar kemudian masukkan dlm peti sejuk sementara kita teruskan pembuatan indulgence cream dan ganache coklat.
Bahan Resepi Indulgence Cream :
- 300 gram cream cheese
- 3 sudu makan gula halus
- 2 biji telur ayam gred B
Cara Penyediaan Indulgence Cream :
#1: Pukul sampai kembang kesemua bahan diatas. Tuang indulgence cheese atas kek batik dan bakar menggunakan api atas sahaja 160°c selama 10 minit. Sejukkan dulu baru tuang ganache yang dibuat dengan cara ini.
Resepi Coklat Ganache :
- 150 ml whipping cream anchor
- 300 gram milk compound coin (Jenama Beryls)
- 2 sudu makan butter
Cara Buat Coklat Ganache :
#1: Panaskan whipping cream kemudian masukkan coklat masakan dan kacau sampai coklat larut. Masukkan butter kacau sampai butter cair dan nampak licin.
Tuangkan coklat ganache atas indulgence cream. Sejukkan selama selama 4 jam minima atau seeloknya semalaman dalam peti sejuk.
Lepas tu potong ikut cara yang telah kami berikan di atas. Dah siap dah resepi kek batik indulgence ni. Berbaloi sangat.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom