Resepi Kek Butter Cheese Gebu Gebas Senang Untuk Dicuba

217865
Nak buat resepi kek butter cheese yang terbaik ? Kami ada resepi dan tips untuk dapatkan kek lembut gebu gebas tapi senang je cara buatnya.Best kek butter

Sebut sahaja resepi kek butter cheese, terus terbayang kek yang cukup lembut , cukup ringan dan boleh dikatakan ianya cair di dalam mulut. Kalau kita tempah pun takkan dapat seperti yang dihasilkan dalam artikel ni.

Kenapa ? Untuk elakkan kos pembuatan resepi kek butter cheese meningkat dan tidak mahu sesetengah pembeli merasa terbeban dengan kos ini, penggunaan butter digantikan dengan marjerin manakala cream cheese pula dikurangkan dari kuantiti sepatutnya. Tapi jika anda menempah kek  butter ini dengan harga yang dipersetujui dan menggunakan bahan premium,tiada masalah antara anda dan penjual.

Untuk lebih jimat, anda buat sendiri je kek ini menggunakan resepi dan tips yang kami berikan. Insyaallah berbaloi.

BACA DI LINK BARU : Resepi Roti Sardin Paling Sedap Tanpa Bau Hanyir Sardin.Bestnya

Untuk dapatkan resepi kek butter cheese yang sedap ini, anda memang perlu menggunakan butter yang original atau dikenali sebagai pure butter dan unsalt. Contohnya jenama Anchor. Harga sekitar RM 12 – RM 15 untuk 250 gram.

Kalau cream cheese pula, kami suka gunakan dari jenama Tatura dan mudah didapati di pasaraya. Untuk 250 gram anggaran harga dalam RM 12 – RM 15.

Walaupun mahal, tapi sesekali buat untuk keluarga memang berbaloi baloi kan.Tengok kek sekejap je licin dan anak-anak makan dengan berselera.

Untuk penggunaan tepung , anda boleh pilih antara dua bagi resepi kek butter cheese ini. Pertama, guna sahaja tepung gandum dan tambahkan baking powder.Kedua , guna tepung naik sendiri.Tepung ini siap dibancuh dengan serbuk penaik.

Nak buat resepi kek butter cheese yang terbaik ? Kami ada resepi dan tips untuk dapatkan kek lembut gebu gebas tapi senang je cara buatnya.Best kek butter

Terima kasih kepada Puan Eiyjarn Aziean AnGah atas resepi kek butter cheese ini.Jika anda  tinggal di Sarawak, boleh menempah kek dan juga roti daripada puan ini.

Untuk versi kami, kami buat video tutorial guna setengah daripada sukatan yang diberikan dan gunakan self raising flour. Senang makan untuk 3-4 orang. Tak membazir.hee

Video Tutorial :

Bahan Resepi Kek Butter Cheese Sedap :

  • 250 gram pure unsalt butter jenama Anchor
  • 200 gram cream cheese jenama Tortura
  • 200 gram gula kastor
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 6 biji telur gred B

Tips : Kalau anda nak guna tepung naik sendiri pun boleh.Tak perlu tambah dan ayak dah tepung gandum dengan baking powder.

Cara Penyediaan Resepi Kek Butter Cheese Menyelerakan :

#1: Satukan tepung dengan baking powder.Ayak sebati dan ketepikan.Dalam bekas lain, satukan butter,gula bersama cream cheese.Guna mixer dan pukul hingga adunan kembang dan wana bertukar menjadi putih. Step ini penting untuk dapatkan tekstur kek yang gebu lembut ya.

#2: Masukkan telur satu persatu,esen vanilla dan pukul manja hingga sebati.Masukkan bahan ayak iaitu tepung tadi dan kaup balik sahaja sehingga sebati.Jangan kacau ya nanti tak gebu kek butter cheese kita.

Nak buat resepi kek butter cheese yang terbaik ? Kami ada resepi dan tips untuk dapatkan kek lembut gebu gebas tapi senang je cara buatnya.Best kek butter

#3: Gris dinding tepi dan dasar loyang 9X9 dengan marjerin atau boleh lapik kertas minyak di dasar loyang.Masukkan adunan kek butter cheese yang siap dikaup balik tu dan hentak hentak manja.Jangan lupa panaskan oven 10 minit terlebih dahulu.

Bakar kek pada suhu 160’C selama 50 minit bergantung pada suhu oven anda menggunakan api atas bawah.

Sejukkan kek butter cheese sebelum dikeluarkan daripada loyang dan dipotong.

Memang berbaloi anda mencuba resepi kek butter cheese ini. Sangat gebu dan rasa ringan dalam mulut.Selamat mencuba </>