Resepi Kek Butter Marble Nutella Yang Gebu Dan Mudah

13687
Sedapnya resepi kek butter marble nutella ni.Lagi cantik dengan lorekkan corak marble di atas permukaan kek butter kan. Kami berikan full resepi beserta tips untuk dapatkan kek butter marble yang gebu.

Antara kek yang popular juga adalah kek butter marble selain kek butter biasa,kek pisang dan juga kek coklat.Kalau pergi ke pasaraya,cantik tersusun di atas rak.

Tahukah anda kenapa kek-kek yang dijual di pasaray mempunyai tarikh tamat tempoh yang lama ?

Rupa-rupanya mereka menggunakan pottasium corbate.Apa tu ?

Bahan ini digunakan untuk memanjangkan tempoh hayat kek termasuklah kek butter marble dan kek lain dengan cara merawat dan menghalang kulat dan bakteria dari menyerang kek.

Sedapnya resepi kek butter marble nutella ni.Lagi cantik dengan lorekkan corak marble di atas permukaan kek butter kan. Kami berikan full resepi beserta tips untuk dapatkan kek butter marble yang gebu.

Hari ini kami nak kongsikan resepi kek butter marble tanpa bahan pengawet ,kek yang gebu dan lembut dan menggunakan coklat nutella yang kami buat tempoh hari. Boleh baca di bawah ini.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nutella Homemade Yang Penuh Rasa Hazelnut

Tips untuk dapatkan kek butter marble yang sangat sedap untuk dimakan seisi keluarga adalah yang pertama,jangan gunakan buttercup tapi gunalah pure butter brand Anchor atau sebagainya dan pilih yang unsalted.

Tapi jika nak jual tak kan nak guna yang brand mahal kan.Cukuplah buttercup ataupun marjerin.

Kedua, gunakan coklat yang dari jenis bittersweet atau nutella untuk kek butter marble ni.Lorekkan guna hujung sudu untuk dapatkan saiz besar atau pencungkil gigi tuk saiz yang comel.

Ketiga, pastikan suhu pembakaran kek sesuai.Jika terlalu panas,permukaan kek atas boleh menjadi hangit.Jadi letakkan aluminium foil selepas 10-15 minit kek dibakar untuk dapatkan warna perang kek butter marble yang cantik.

Bahan-bahan untuk resepi kek butter marble nutella :

  • 350 gram butter biasa iaitu Buttercup. Kalau nak sedap guna pure unsalted butter jenama Anchor.\
  • 1 1 /4 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gram self raising flour
  • 200 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 50 gram susu tepung
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 5 biji telur ayam gred A . Kalau gred B 6 biji
  • 7 sudu makan susu segar
  • 2 sudu makan nutella

Sedapnya resepi kek butter marble nutella ni.Lagi cantik dengan lorekkan corak marble di atas permukaan kek butter kan. Kami berikan full resepi beserta tips untuk dapatkan kek butter marble yang gebu.

Cara-cara penyediaan kek butter marble coklat :

#1: Masukkan butter,gula dan esen vanilla. Putar dengan mixer tangan atau mesin sampai kembang.Ketepikan. Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri,baking powder dan susu tepung.Ketepikan.

#2: Masukkan susu pekat ke dalam aduna yang dimixer tadi dan mula kacau semula dengan mixer .Tambah telur sebiji demi sebiji sambil kisar.

#3: Tambahkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit. Kali ni kaup balik je. Lepas tu tambah susu segar .Siap

Untuk corak marble ,ambil 1 mangkuk kecil adunan dan tambah coklat nutella tadi.Kacau rata.Sekadar nak corak atas tu.Nak buat banyak pun terpulang.

Sedapnya resepi kek butter marble nutella ni.Lagi cantik dengan lorekkan corak marble di atas permukaan kek butter kan. Kami berikan full resepi beserta tips untuk dapatkan kek butter marble yang gebu.

#4: Tuang adunan putih dlm loyang 9 inci yang telah dioles dinding loyang dengan butter dan alas lapik bawah dengan baking paper.Akhir sekali tambah yang adunan coklat.Lorek guna hujung sudu atau cungkil gigi nak halus.

#5: Panaskan oven pada suhu 180’C 10 minit. Lepas tu masukkan kek butter marble coklat dan bakar pada suhu 165-180 selama 45/50 minit bargantung pd oven.

Sejukkan kek dan siap untuk dipotong.Boleh la dimakan untuk hidangan petang nanti.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom