Resepi Kek Butter Sukatan Cawan Marble Rose Gebu

5794
Jom cuba resepi kek butter dengan perasa rose, sangat gebu walau dah lama sejuk selepas dibakar. Sangat menyelerakan kek butter ni untuk minum petang kan

Kadang-kadang bila datang keinginan nak buat resepi kek butter ni , cari je di laman web daridapur sebab semuanya lengkap di laman web ni dengan resepi , penerangan jelas beserta tips tambahan. Itu yang rata-rata kawan-kawan saya suka rujuk di sini.

Termasuklah anda kan?  Kali ni saya nak tunjukkan resepi kek butter cawan yang mudah dan gebu untuk anda buat sebagai hidangan minum petang bersama keluarga.

Tambah pula resepi kek ni berasaskan sukatan cawan. Memang lagi lajulah nak cuba buat sebab tak perlu sukat gram kan untuk masa cepat. Mesti anda semua pun macam saya kan? Kalau macam tu, anda semua pun kena cuba resepi kek butter mudah ni. Kek ni sangat wangi dengan bau rosenya. Lembut, lemak dan sungguh enak.

Untuk yang sukakan Step By Step Resepi Kek Mentega Kukus Yang Awesome Gebu , boleh cuba ya .

Bahan-bahan resepi kek butter moist  :

  • 300 gram mentega asli tanpa garam (unsalted pure butter)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovalette
  • 5 biji telur gred A
  • 80 ml (5 sudu besar) susu cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Pewarna pink
  • ½ sudu kecil esen rose

Kke butter kali ni dengan perasa rose, sangat gebu walau dah lama sejuk selepas dibakar. Sangat menyelerakan kek butter ni untuk minum petang kan

Cara-cara membuat resepi kek butter gebu ni :

#1:  Pukul gula bersama mentega dan ovalette hingga kembang dan putih. Kemudian, masukkan telur satu per satu diselang seli dengan pukul hingga habis. Setelah itu, masukkan pula susu cair. Pukul lagi hingga adunan sebati dan sekata.

#2: Ambil bekas lain, ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Selepas itu, perlahankan mixer kita dan masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega kita hingga habis. Teruskan pukul hingga adunan betul-betul sebati.

#3:  Setelah itu, kaup balikkan adunan kita menggunakan spatula. Ini bagi memastikan adunan kita betul-betul sebati dan sekata. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan sebegitu saja, manakala sebahagian lagi anda titikkan sedikit pewarna pink bersama esen rose.

#4:  Sediakan loyang bersaiz 8 inci dan sapukan mentega disekeliling loyang untuk elakkan kek butter melekat. Kemudian, lapikkan baking paper pada dasar loyang. Seterusnya, masukkan adunan kita secara berselang-seli dengan menggunakan sudu sehinga habis. Hentakkan sedikit loyang kita agar adunan kek mampat dan sekata. Ini juga untuk mengelakkan terjadinya kek yang beronga udara seperti kek span sebab kita x nak tektur kek seperti itu.

Kke butter kali ni dengan perasa rose, sangat gebu walau dah lama sejuk selepas dibakar. Sangat menyelerakan kek butter ni untuk minum petang kan

#5:  Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 170’C selama 10 minit dengan menggunakan api atas bawah. Setelah 10 minit, barulah masukkan loyang kita dan bakar sehingga masak selama 45 minit ke 50 minit menggunakan suhu 160’C-170’C bergantung pada oven anda. Anda juga boleh cucuk kek butter dengan lidi untuk memastikan kek kita betul-betul masak sempurna selepas 50 minit.

Pastikan sejuk baru lah dipotong kek butter gebu ni untuk elak melekat ea.

Haa macam mana? Senang kan? Hanya dengan 5 langkah mudah. Anda memang kena cuba. Resepi kek butter pink dengan rasa rose ni memang sedap. Sebab kurang manis, lembut sangat dan cukup lemak. Nak tahu kenapa? Sebab kita menggunakan mentega asli atau pure butter tanpa campuran lemak sayuran. Selamat mecuba semua.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Noy Yullan
Penulis Buku Resepi ” 40 Resepi Kek Lapis Sarawak ”
Sangat detail penerangan dalam buku. Sesuai untuk jana pendapatan. Boleh pm beliau untuk detail. RM15 ( exc postage ) sahaja tapi lengkap siap tips . Bestkan.

40 resepi kek lapis sarawak

Video Pilihan : Resepi Kek Mentega