Resepi Kek Butter Sukatan Cawan Masak Dapur Gas

8733
Kek butter sukatan cawan

Pernah tak anda teringin nak buat kek contohnya kek butter , kek coklat atau kek span , tapi keiinginan untuk menikmati kek yang siap gebu terbantut sebab alat bakery yang tak mencukupi contohnya mixer patah or belum ada lagi atau kekurangan bajet untuk mempunyai oven ketuhar untuk bakar kek ?

Tapi sekarang puan dah tak perlu risau , kekurangan alatan bukan penghalang untuk menghasilkan sepotong kek yang lazat kan. Banyak ja resepi kami berikan yang mana kek boleh dikukus dan tambah-tambah lagi bakar je dalam periuk biasa di atas dapur gas.

Kali ni kami nak berikan resepi butter cake yang menggunakan sukatan cawan khas untuk anda yang kekurangan alat bakery.Resepi oleh Puan Nurasykin Jamshir boleh jadiakan panduan bagi anda yang mahukan kek butter moist lembab dan pelbagai corak. Nak buat tambah coklat pun boleh seperti resepi atau kreatif lagi ,topping di bagian atas ditambah dengan puding karamel. 

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Span Vanilla Dengan Cara Buat Penuh Tips Dan Teknik

Selain daripada membakar kek di atas dapur gas , kek butter ini boleh juga dikukus di dalam pengukus. Yang ni hampir setiap suri rumah ada kan. Perbezaan kek yang dikukus dengan yang dibakar adalah struktur kek kukus lebih lembap dan sedikit padat hasil daripada wap air. Kalau bakar lak , kek lebih terasa ringan sebab cecair di dalam adunan kek kering.

Untuk butter , kami cadangkan anda guna unsalted butter. Apa perbezaan salted dan unsalted butter ? Garam. Ya , itu yang membezakan .Jadi kalau nk buat kek ni, lebih baik gunakan unsalted butter untuk elakkan rasa terlebih masin kan. Mana ada kek yang rasa masin. Brand yang kami suggest adalah Anchor.Terbukti kelembutan kek hasil daripada butter jenama ini.

Jom kita tengok bahan-bahan resepi kek butter gebu ini yang semestinya menggunakan sukatan cawan.Tips jika gunakan cawan, kekal dengan saiz cawan yang sama untuk sepanjang proses menyukat adunan kek

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula halus – berbeza dengan gula icing dan gula kasar tapi anda boleh blend gula kasar .
  • 4 biji telur ayam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla untuk hilangkan bau hanyir telur di dalam adunan kek

Bahan-bahan di atas boleh diubah jika anda mahu hasilkan kek butter marble atau pelangi.Hanya bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan selepas itu masukkan berselang seli ke dalam loyang. Ini semua bergantung kepada hasil kreativiti anda sendiri.Tiada salah tiada betul asalkan kek yang dihasilkan sedap ditelan ke dalam perut . Betul x ?

Kek butter gebu sukatan cawan
Cara menghasilkan kek butter moist dibakar menggunakan dapur gas ini pula adalah :

  • Masukkan butter ya bukan marjerin ke dalam bersama gula halus tadi dan juga esen vanilla. Nak pukul dengan tangan atau mixer boleh sehingga campuran adunan menjadi putih. Selepas itu masukkan pula telur satu persatu ke dalam bekas dan pukul sehingga adunan mengembang.
    .
  • Untuk dapatkan tekstur kek yang halus, seeloknya ayak dulu tepung gandum bersama baking powder sekurang-kurangnya sekali supaya bercampur rata. Tuang campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
    .
  • Sapu periuk atau loyang dengan butter dan alaskan bawah dengan baking paper untuk elakkan kek butter anda hangit di permukaan bawah .Barulah dimasukkan adunan itu tadi.
    .
  • Tempoh masak antara 40-50 minit menggunakan api kecil dan alaskan dengan tudung periuk di bawah .Untuk pastikan kek telah mask, boleh cucuk dengan lidi.
    .
  • Bila dah masak , sejukkan kek dan keluarkan daripada periuk serta barulah dipotong ya. 

Selamat mencuba kami ucapkan dengan pelbagai tips yang boleh anda praktikkan.
Jom follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.
</>