Resepi Kek Cheese Leleh Gebu Hanya Guna Blender

31227

Bila lihat gambar di facebook, terus rasa terliur tengok pic kek cheese  leleh kan. Dengan lelehan cream cheese di tengah-tengah lapisan kek dan ats kek, ditambah pula dengan topping cheedae cheese, memang terus tertelan air liur.

Tapi bagi sesetengah orang, bukan setakat oven , malahan hand mixer pun takde. Terbantu untuk buat resepi cheese cake leleh yang terbayang-bayang dalam ingatan gitu.

Takpe, sekarang ni saya tunaikan keinginan untuk buat kek cheese leleh ni  menggunakan blender sahaja. Betul ke ?

Ya betul. Boleh tengok video tutorial resepi kek yang sudah saya sediakan di bahagian atas dan bawah artikel ini untuk tengok step by step cara buat cheese cake ni.

Dari resepi ni juga anda boleh gubah menjadi kek keladi cheese leleh, kek coklat berhantu , kek pandan cheese dan sebagainya.Topping lak boleh diubai suai dengan macam-macam cara-cara.Saya tunjukkan yang asas untuk anda mahir ya.

Tengok gambar kek cheese leleh , terus terliur untuk makan cheese cake yang simple ni kan. Sekarang sangat senang sebab buat guna blender sahaja. Bestnya.Bahan-bahan untuk resepi kek cheese leleh versi blender ini untuk kuantiti 3-4 orang makan dan hanya perlukan loyang saiz 6 sahaja. Dah ngam . So kalau nak jual  or banyak , gandakan sajaka kuantitinya ya.

Oh ya ini perisa vanilla . Nak tambah perisa apa untuk kek cheese anda terpulang juga. Saya juga ada buat Resepi Japanese Cheesecake Gebu Kegemaran Anak-Anak di sini untuk anda cuba .

Bahan- Bahan Cheese Cake Leleh

  • 2 biji telur gred A / 3 biji gred B *
  • 2 sudu makan gula *
  • 2 sudu makan susu pekat manis *
  • 1 sudu makan ovalette *
  • 1 sudu teh esen vanilla *
  • 1 cawan self raising flour
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1/4 cawan minyak jagung

Cara buat kek cheese leleh kukus yang gebu ni : 

#1: Panaskan air dalam pengukus sampai mendidih. Tengok video tutorial di atas dan bawah. Blender bahan yang bertanda * sehingga gebu dan kembang . Masukkan ke dalam bekas lain bila siap. Ayak tepung naik sendiri . Kelebihan guna tepung ini anda tak perlu campur baking powder dan soda bikarbonart sebab ianya dah sebati sekata.

#2: Kacau sebati dan tambahkan susu tepung , kacau dan tambah minyak jagung seperti dalam video.Kaup balik.

Tengok gambar kek cheese leleh , terus terliur untuk makan cheese cake yang simple ni kan. Sekarang sangat senang sebab buat guna blender sahaja. Bestnya.

#3: Alaskan loyang saiz 6 dengan baking paper . Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak Kukus selama 35- 40 minit atau sehingga masak. Jika anda guna bekas kecil untuk cheese cake leleh ni, dalam anggaran 15-20 minit.Selepas kek dah masak, sejukkan dulu. Kita tengok untuk toppingnya.

Bahan-bahan topping cheese cake leleh : 

  • 150 gram cream cheese
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan susu pekat

Masukkan semua bahan ini ke dalam blender dan kisar sehingga sebati sahaja. Tak perlu lama.

Tengok gambar kek cheese leleh , terus terliur untuk makan cheese cake yang simple ni kan. Sekarang sangat senang sebab buat guna blender sahaja. Bestnya.

#4: Bila kek dah sejuk , potong dua dan letakkan topping dibahagian tengah seperti dalam video serta di bahagian atas kek. Parut cheddar cheese di atas ikut kuantiti yang anda mahu.Sejukkan kek cheese leleh 60 minit dan siap untuk dimakan.

Untuk lebih detail sila tengok video ya. Jangan lupa adunan ini untuk loyang size 6.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

VIDEO TUTORIAL : RESEPI KEK CHEESE LELEH KUKUS