Resepi Kek Cheese Parut

4370
Resepi Kek Cheese Parut
Resepi Kek Cheese Parut

Bahan – Bahan

Bahan A Resepi Kek Cheese Parut

250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon – sy guna 2 sudu besar
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

** butter & cream cheese biarkan pada suhu bilik

Bahan B Resepi Kek Cheese Parut

140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon

Cara-cara

Step 1

Dalam bekas, masukkan susu, butter dan cream cheese. Cairkan ketiga2 bahan tersebut dgn kaedah double boiler.

Bila dah cair tutup api. Biarkan sejuk seketika sebelum di campur dgn bahan lain. Bila dah sejuk, masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.

Gaul dgn pengadun elektrik sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan pula tepung jagung sikit demi sedikit. Kacau lagi sampai sebati.

Kemudian, masukkan kuning telur. kuning telur tu dikacau guna garfu je sebelum di tuang ke dalam adunan. kacau lagi sampai sebati. Masukkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus lemon, kacau lagi.

Step 2

Dalam bekas yg kering, sila masukkan putih telur bersama dgn jus lemon tadi. pastikan bekas tersebut kering tau tanpa ada kesan minyak atau air.

Putar menggunakan mixer sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu masukkan gula sikit demi sedikit sehingga habis. putar lagi sampai adunan bertanduk (soft peak) dan berkilat.

Akhir sekali campur adunan step1 dengan step2 menggunakan kaedah kaup balik. Bakar pada suhu 160 celsius mengunakan kaedah waterbath.

Untuk Cream Resepi Kek Cheese Parut
250g cream cheese
120g susu pekat manis
150ml Whipping cream
Mix semua bahan dia atas hingga sebati

Untuk Hiasan Resepi Kek Cheese Parut = 1 buku (250g) cheddar cheese diparut