Resepi Kek Chiffon Pandan Gebu Best Dan Mudah Untuk Dibuat

14482
Resepi kek chiffon pandan asli ni memang gebu gebas sungguh. Nak buat makan macam tu je atau nak jadikan kek pandan cheese leleh pun sesuai kedua-duanya.

Kali ini kami kongsikan pula resepi kek chiffon pandan yang gebu teruk. Memang dah nampak dari luar kelembutan dia kan. Bila masuk ke dalam mulut , aduhai mempesonakan. Kalau buat kek pandan cheese leleh pun sesuai guna kek chiffon pandan ni.

Sedikit tips untuk resepi kek chiffon pandan asli yang best ini :

1 – Untuk dapatkan rasa pandan asli, jangan gunakan perasa pandan yang dijual di kedai tapi dapatkan daripada jus pandan. Maknanya daun pandan yang dikisar dengan air dan ditapis, Kek lebih wangi.

2- Jangan skip step ayak tepung. Ini supaya agen penaik iaitu baking powder sebati ke semua arah dalam tepung gandum.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bengkang Ubi Kayu Gula Merah Kukus. Best Dan Senang Sangat

3- Untuk meringue, lepas basuh semua telur, pastikan lap dulu kulit telur supaya air kering. Ini untuk elakkan air masuk ke dalam telur putih semasa proses memecahkan telur.

Memang best bila dapat tips camni kan. Terima kasih kepada Puan Myrah Aswa di atas sumbangan resepi kek chiffon pandan gebu ini .Semoga puan murah rezeki sentiasa.

Resepi kek chiffon pandan asli ni memang gebu gebas sungguh. Nak buat makan macam tu je atau nak jadikan kek pandan cheese leleh pun sesuai kedua-duanya.

Bahan Resepi Kek Pandan Chiffon Gebu Gebas :

Bahan A :

  • 225 gram tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder

Bahan B :

  • 6 biji kuning telur
  • 105 gram gula halus
  • Secubit garam

Bahan C : 

  • 125 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 162 ml jus pandan (lebih kurang 5 helai dikisar dengan 162 ml air dan ditapis )
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 165 ml santan sederhana pekat

Bahan D : 

  • 6 biji putih telur
  • 105 gram gula halus
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 2 sudu teh jus lemon

Cara Penyediaan Resepi Kek Chiffon Pandan Mudah :

#1: Pertama ayak Bahan A dan ketepikan. Nak rata elok, ayak 2 kali.

Dalam bekas, masukkan Bahan B dan putarkan sehingga adunan kembang dan warna bertukar menjadi kuning pucat. Barulah dimasukkan Bahan C. Putar lagi hingga sebati.

Bila dah sebati, barulah masukkan Bahan A sedikit demi sedikit ke dalam campuran Bahan B dan C sambil kacau dengan spatula. Guna kaedah kaup balik ya. Sekadar sebati sahaja. Ketepikan.

#2: Kita akan buat meringue, dalam bekas yang kering , putarkan putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih,barulah masukkan jus lemon, gula dan cream tartar. Putar lagi sehingga adunan kembang dan mencapai tahap stiff peak. Jangan over beat ya.

Masukkan meringue putih telur ke dalam adunan campuran Bahan B,C tadi secara sedikit demi sedikit dan kaup balik. Sambil itu , dah panaskan oven 10 minit ya pada suhu 180’C.

Adunan kek chiffon tadi yang siap dikaup balik dimasukkan dalam loyang. Tak perlu alas dengan kertas /minyak. Guna loyang saiz 8 atau 9 ya.

Resepi kek chiffon pandan asli ni memang gebu gebas sungguh. Nak buat makan macam tu je atau nak jadikan kek pandan cheese leleh pun sesuai kedua-duanya.

Bakar kek chiffon pada suhu 165-170’C ikut oven masing-masing selama 40-45 minit dengan api atas bawah. Dah masak, telangkupkan kek sehingga sejuk betul lebih kurang 1 jam 30 minit – 2jam barulah kek dikeluarkan dan dipotong.

Selamat mencuba resepi kek chiffon panda ni. Memang ebst sebab kami dah berikan semua kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom