Resepi Kek Chifon Dengan Penuh Tips Penting Untuk Hasil Kek Terbaik

57522
Kami bukan sahaja berikan resepi kek chiffon coklat yang lengkap dari bahan dan langkah penyediaan malah segala tips untuk membantu anda hasilkan kek ni.

Sebut sahaja resepi kek chifon, jarang orang mahu mencubanya disebabkan ianya adalah satu kek yang boleh dikatakan ada pantang tertentu. Walaupun begitu , pantangnya tidaklah sesukar mana asalkan diikuti satu persatu.

Terima kasih kepada Puan Ida Alina Salleh yang berikan kita bukan sahaja resepi kek chiffon coklat ini malah dengan tips yang sangat berguna. Jom kita tengok tips terlebih dahulu.

Tips buat resepi kek chiffon :

1 : Sesuai dengan namanay kek chiffon, mestilah guna loyang chiffon. Ianya dari jenis loyang yang boleh ditanggalkan di bahagian bawah. Ini paling penting ya. Dan loyang tidak dioles dengan minyak. Kek ini memerlukan permukaan yang kesat untuk mengembang.

Jadi camna nak keluarkan kek chiffon  ini ?

Kita sejukkan kek hingga betul-betul sejuk sambil terbalikkan kek dan guna pisau untuk keluarkan.

2 : Gunakan cream of tartar. Apa fungsinya ? Ianya adalah untuk pastikan putih telur stabil dan mengembang dengan sekata. Putih telur pula dipukul hingga sekadar soft peak sahaja.Iaitu bila ianya mula bertanduk. Ini akan jadikan kek chiffon anda tidak mendap semula selepas dibakar.

3 : Hanya gunakan teknik kaup balik sahaja ketika masukkan adunan putih telur.Selain itu selepas kek chiffon siap dibakar, terus terbalikkan kek untuk menyejukkannya. Ianya akan elak kek chiffon daripada mendap.

Kami bukan sahaja berikan resepi kek chiffon coklat yang lengkap dari bahan dan langkah penyediaan malah segala tips untuk membantu anda hasilkan kek ni.

Dah jelas dengan tips yang diberikan ini jom kita masuk ke bahagian resepi pula.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

Bahan Resepi Kek Chiffon Coklat :

Bahan-bahan A :

  • 7 biji kuning telur Gred A (suhu bilik)
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan serbuk koko tanpa gula + 3/4 cawan air panas – campurkan dan kacau hingga sebati. Sejukkan (boleh tambah 1 sudu teh nescafe jika mahu).

Bahan-bahan B :

  • 1 3/4 cawan tepung kek
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
    – campurkan kesemua bahan B

Bahan-bahan C : 

  • 8 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 sudu teh cream of tartar

Cara Buat Resepi Kek Chiffon Coklat :

#1:  Mulakan dengan bahan A, dalam bekas masukkan kuning telur, gula, esen vanilla dan minyak. Pukul hingga kembang.  Ketepikan dulu bahan A.

Serbuk koko pula kacau dengan air panas dan kacau sebati.Barulah di masukkan ke dalam adunan bahan A. Selepas itu masukkan pula semua bahan B ke dalam aduna dan kacau rata serta sebati. Ketepikan seketika.

#2: Mula untuk bahan C , masukkan putih telur bersama gula ke dalam bekas bersih dan gunakan mixer tangan atau mesin. Pukul hingga sekadar telur berbuih dan gula hancur. Barulah masukkan cream of tartar tadi dan teruskan pukul hingga putih telur mulai bertanduk yang dipanggil fasa soft peak.

Kami bukan sahaja berikan resepi kek chiffon coklat yang lengkap dari bahan dan langkah penyediaan malah segala tips untuk membantu anda hasilkan kek ni.

#3: Mula panaskan oven anda pada suhu 170’C selama 10-15 minit. Adunan putih telur yang siap dimasukkan ke dalam adunan Bahan A&B tadi sebanyak 2 kali masuk. Jangan kacau tapi kaup balikkan adunan sehingga sebati dan garis putih telur tidak kelihatan.

Dah siap semua, masukkan ke dalam loyang chiffon saiz 10 inci. Ingat jangan oleskan adunan ya. Baru naik tinggi seperti dimahukan.Buat beberapa putaran keliling acuan dalam adunan kek dengan chopstick untuk pastikan tiada lubang udara dalam adunan. Hentak manja acuan kek beberapa kali supaya gelembung udara naik ke permukaan dan pecah.

#4: Bakar kek chiffon pada suhu 165’C selama 60 minit menggunakan api atas bawah ya. Fahami oven anda terlebih dahulu. Kek akan mengembang naik tinggi dan selepas 60 minit, cucuk kek dengan chopstick. Jika tka melekat itu tanda kek chiffon coklat anda telah masak dan terus keluarkan dan terbalikkan hingga sejuk.

Sementara kek chiffon anda menyejuk, boleh la buat glaze untuk sapu atas kek . Buat coklat oren menggunakan sedikit kepingan milk choclate yang dicarikan guna kaedah double boil, jus oren segar serta sedikit esen oren. Agak-agak je sukatan.

Kami bukan sahaja berikan resepi kek chiffon coklat yang lengkap dari bahan dan langkah penyediaan malah segala tips untuk membantu anda hasilkan kek ni.

Bila kek chiffon coklat dan sejuk, buka penutup loyang bawah dan gunakan pisau untuk pisahkan bahagian tepi.Berus sapuan coklat oren ke permukaan kek dan siap dah. Memang lembut habis sebab banyak guna telur dan tepung yang sedikit.

Memang lengkap kami beri resepi kek chiffon coklat ni kan. Selamat mencuba </>