Resepi Kek Coklat Inti Keju

4187
Resepi Kek Coklat Inti Keju kaya dengan rasa coklat lembut dan ditambah pula dengan rasa keju di dalam dan diatas kek menjadikan kek ini tak jemu dimakan.
Resepi Kek Coklat Inti Keju kaya dengan rasa coklat lembut dan ditambah pula dengan rasa keju di dalam dan diatas kek menjadikan kek ini tak jemu dimakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung dari dapur dot com yang sentiasa mencuba resepi kek   mudah  dan sedap. Kali ini, apa kata kami beri anda Resepi Kek Coklat Inti Keju . Memang harus dicuba. Resepi senang di hujung jari .

Sebelum membuat Resepi Kek Coklat Inti Keju , apa kata akak baca artikel ini ( Jangan risau, ianya di open di tab baru ) :
Jenis Keju Yang Sesuai Untuk Kek , Puding , Biskut

Bahan – Bahan Pembuatan Kek Ini Kami Pecahkan Kepada 3 Bahagian :

Untuk Filling Cream Cheese
1/4 cawan gula biasa
250 gram cream cheese ( 1 paket – kami suka jenama Tortura )
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla

Untuk Resepi Kek Coklat 
2 cawan tepung serba guna
1 1/2 cawan gula biasa
1 cawan air masak
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan butter ( pada suhu bilik )
3 biji telur gred A
1 1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla

Untuk topping
250 gram cream cheese ( kami guna jenama tortura )
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu segar

Cara Penyediaan Resepi Kek Ini ( Kami bahagikan kepada 3 bahagian juga untuk mudahkan anda )
Untuk Filling Cream Cheese
Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , pukul cream sheese dan gula sehingga sebati . Lepas itu masukkan telur dan pukul lagi sehingga menjadi lembut dan sebati. Ketepikan seketika.

Untuk Resepi Kek Coklat
Pertama
, di dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan-bahan dan menggunakan hand mixer pada kelajuan perlahan , adun semua bahan-bahan. Bila semua mula sebati, tingkatkan kelajuan sehingga betul-betul sebati dan bercampur sepenuhnya.

Kedua , sapu loyang 8×8 ( kami guna loyang acuan ) dengan butter , serta panaskan oven pada suhu 180’C selama 10 minit.

Ketiga , isi separuh loyang dengan adunan resepi kek coklat , selepas itu , masukkan filling cream cheese di tengah-tengah adunan. Jangan biarkan filling mengenai dinding acuan. Selepas itu , tuang baki adunan kek coklat tadi.

Keempat , bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak .
Tips – Cucuk kek di tengah-tengah dengan lidi . Jika lidi licin, masak dah kek anda

Kelima , sejukkan kek selama 30 minit dan barulah dikeluarkan kek daripada acuan.

Untuk topping
Pertama
, menggunakan hand mixer pada kelajuan perlahan, pukul cream sheese dan gula sehingga sebati . Tambahkan susu sehingga adunan menjadi konsisten dan likat/pekat.

Kedua , masukkan adunan dalam plastik yang telah ditebuk hujungnya, dan hias mengikut kreativiti anda. Siap dan boleh dimakan dah.

Best dan senang kan resepi kek ini .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Kek Karamel Coklat Kukus
Resepi Kek Chiffon Panda Gebu

Resepi Kek Brownie Butter Kegemaran Ramai

serta banyak lagi ….

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel