Resepi Kek Coklat Kukus Best Dan Guna Blender Je Untuk Buat

90862
Memang best dan senang hasilakn resepi kek coklat kukus ni. Tak perlu nak mixer bagai, pakai blender dan kukus sahaja. Lepastu tuang topping istimewa.Cubalah

Sekarang musim hujan, bila hujan mudah lapar perut. Jadi kami berikan resepi kek coklat kukus yang bukan sahaja sedap malah senang untuk disediakan. Dan jangan risau, dengan ikuti tips dan resepi penuh kami berikan, anda akan bangga dengan hasil yang diperolehi.

Tips untuk hasilkan resepi kek coklat kukus yang istimewa :
1- Untuk gelapkan sedikit warna kek coklat, masukkan emulco coklat. Akan jadikan kek bertambah menarik dipandang.
2- Untuk dapatkan rasa lembab coklat semasa digigit, anda boleh masukkan coklat rice ke dalam adunan kek coklat sebelum dikukus.
3- Pastikan anda tutup penutup pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air masuk dan jatuh ke atas permukaan kek.
Terima kasih kepada Puan Ana Maria Ismail di atas sumbangan resepi kek coklat dengan toppingnya sekali. Boleh kami semua mencubanya. Memang senang bila pakai blender je kan.

Bahan Resepi Kek Coklat Kukus Sedap :

  • 1 ½ cwn tepung gandum *
  • 1 sudu teh baking powder *
  • ½ sudu teh soda bikarbonat *
  •  ½ cwn serbuk koko *
  • 1 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • 7 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan ovalette
  • 2 bji telur gred A

Memang best dan senang hasilakn resepi kek coklat kukus ni. Tak perlu nak mixer bagai, pakai blender dan kukus sahaja. Lepastu tuang topping istimewa.Cubalah

Cara Buat Resepi Kek Coklat Kukus Mudah :

#1: Ayak smua bahan-bahan yang bertanda * dan ketepikan.
Bahan lain smua masukkan dalam blender pastu blend jer sampai sebati. Tuang kedalam bekas yang ada bahan ayak tadi.t

Kacau manja guna handwisk sampai sebati.Pastu kalau nak warna gelap sedikit masukkan sedikit coklat emulco yer. Untuk bagi lagi  moist kek coklat tu anda boleh masukkan sedikit coklat rice ke dalam adunan sebelum dikukus.

#2: Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8 yang dh disapu sedikit marjerin.Kukus kek selama 1 jam api sederhana.Pastikan panaskan dulu pengukus sebelum masukkan kek dan balut penutup periuk ngan kain tuala utk elakkan air wap menitik atas kek. Sementara kita buat topping untuk kek coklat.

Bahan Resepi Topping Kek Coklat :

  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan coklat dark coin Beryls
  • 1 sudu teh shortening

Cara Penyediaan Topping Kek Coklat :

#1: Gunakan kaedah double boil, panaskan susu cair bersama susu pekat manis dan bila dah mulai panas, tambah dark coin Beryls.Kalau rasa nak pekat lagi, tambah banyak lagi coklat.Bila coklat dh larut bersama susu masukkan sedikit shortening.

Memang best dan senang hasilakn resepi kek coklat kukus ni. Tak perlu nak mixer bagai, pakai blender dan kukus sahaja. Lepastu tuang topping istimewa.Cubalah

Cara Topping Kek Coklat :

#1: Biar kek coklat dan topping agak suam baru kita tuang topping atas kek.Guna separuh jer daripada adunan topping tu dulu.Pastu masukkan kek dalam peti ais selama 30 minit dan barulah dikeluarkan serta tuang lagi baki toppping.

Cara ini akan hasilkan kek coklat yang licin dan sekata. Selamat mencuba resepi kek coklat kukus istimewa ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom