Resepi Kek Durian Sedap Dan Best Untuk Penggemar Durian

17440
Dah musim dia, kami berikan anda resepi kek durian sedap sangat. Nak guna durian musang king ke, durian kampung ke semua boleh. Nak sedap lagi masukkan lebih.

Kami mahu kongsikan resepi kek durian bagi penggemar durian memandangkan dah tiba musim durian kali ini kan. Kiri kanan jalan ramai penjual durian. Harga pun berpatutan ikut jenis durian.

Untuk resepi kek durian ni,anda bebas nak guna isi durian apa asalkan sedap ikut tekak. Kalau suka durian musang king,guna lah dia. Kalau nak durian udang merah,durian IOI atau durian kampung,guna isi durian dia. Tiada masalah .

Tak banyak pun kita guna isi durian dalam kek durian ni. Lebih kurang 1 cawan je yang sukatan 250ml sahaja. Kalau anda terasa nak letak lebih,sukat la dalam 1 1/2 cawan pun boleh.

BACA DI LINK BARU : Resepi Seri Muka Durian Sukatan Cawan Best Sangat.Wajib Cuba

Oleh sebab nak suruh terasa durian dalam setiap gigitan kek,kita tak kisar isi durian tapi siat isinya masuk ke dalm adunan. Dapat rasa sedap lagi cara macam ni.Tambahan pula kita guna unsalt pure butter. Lembut gsedap la kek durian hasilnya.

Terima kasih Puan Adamsufi Mazri di atas sumbangan resepi kek durian untuk kita semua. Kalau rasa nak cari resepi durian lain,tengok je di bawah. Seri muka durian,talam durian ada kami dah siap tulis.

Dah musim dia, kami berikan anda resepi kek durian sedap sangat. Nak guna durian musang king ke, durian kampung ke semua boleh. Nak sedap lagi masukkan lebih.

Bahan Resepi Kek Durian Istimewa :

  • 250 gram unsalt butter
  • 250 gram tepung gandum *
  • 1 1/2 sudu makan baking powder *
  • 1 1/2 sudu makan ovalette
  • 145 gram gula halus
  • 5 biji telor ayam gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu full milk/susu segar
  • 1 cawan isi durian pilihan anda yang disiat dengan tangan
  • Pewarna pilihan

Cara Buat Resepi Kek Durian Harum Semerbak :

#1: Ayak bahan bertanda * 2-3 kali supaya sebati.Ketepikan. Masukkan butter,gula dan ovalette dalam bekas dan pukul dengan mixer hingga warna bertukar menjadiputih berkrim pada kelajuan tinggi. Ini tips untuk dapat kek gebu. Tambahkan telur ayam sambil pukul tu satu persatu hingga sebati.

#2: Tambah masuk esen vanilla, dan tepung berselang seli dengan susu secara berperingkat hingga adunan bercampur elok. Baru tambahkan bahan paling penting iaitu isi durian ya. Dah siap, ambil sedikit adunan untuk dijadikan corak marble dna warna dengan warna anda suka.

Dah musim dia, kami berikan anda resepi kek durian sedap sangat. Nak guna durian musang king ke, durian kampung ke semua boleh. Nak sedap lagi masukkan lebih.

Sambil tu sapu loyang 8/9 inci di dinding dan dasar loyang dengan butter.Kalau nak lapik baking paper pun boleh di bahagian dasar untuk elak hangitya. Sambil tu panaskan oven pada suhu 150’C selama 10 minit.

#3: Masukkan adunan ikut free style dan adunan bewarna di atas atau ditengah dan lorekkan dengan hujung sudu ikut suka. Baru bakar pada suhu 150’C selama 50 minit ikut oven masing-masing . 40 minit pertama guna api bawah sahaja dan 10 minit terakhir baru guna api atas bawah.

Cara ini akan elakkan kek anda daripada pecah permukaan atau rentung pada permukaan atas nya.

Dah siap dah resepi kek durian. Memang sangat best bagi penggemar durian. Kami suka letak lebih. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom