Resepi Kek Gula Hangus Bersarang Yang Sangat Menjadi Resepinya

29484
Resepi kek gula hangus yang ni memang best sebab sarangnya banyak dan cantik.Tekstur kek pun kenyal sepenuhnya.Anda kena cuba ni tau.

Antara resepi kek yang cukup popular menjelang hari keramaian seperti hari raya adalah antaranya ialah resepi kek gula hangus. Kek yang dibakar sempurna dan dipotong dengan sedikit teknik akan menjadikan kek seolah-olah seperti sarang semut.Ada juga yang panggil kek ini sebagai kek sarang lebah atau kek sarang semut.

Apa yang membezakan resepi kek gula hangus sedap ini dengan resepi-resepi lain adalah hasil akhir yang akan buatkan anda berpuas hati walau kali pertama membuatnya dengan bantuan dan tips yang akan kami berikan nanti.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Batik Lembut Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Kek ini mempunyai tekstur yang kenyal sepenuhnya. Jika kek anda terjadi dua lapisan, itu tandanya masih belum menjadi keknya.Jom tengok tips yang perlu anda ikut :

1- Jangan terlebih pukul.Cukup sekadar kacau manja adunan atau whisk manja sahaja.Jika tidak kek gula hangus akan menjadi dua lapisan iaitu di bawah kenyal tapi bahagian atas seperti kek span.

2- Perap kek 3 jam .Tujuan adunan kek diperap  adalah untuk membenarkan soda bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara ketika proses membakar dan hasilkan sarang yang cantik.

3- Untuk dapatkan sarang semut yang cantik  adalah dengan memotong kek secara melintang dan bukan pada kebiasaan. Maksudnya anda belah dua kek barulah dipotong.

Akhir sekali, tips untuk elakkan kek sarang semut menjadi pahit,gula hendaklah diperangkan atau dihanguskan dengan api yang kecil untuk elakkan kek menjadi pahit.

Banyak tips kami beri untuk resepi kek ini kan.Jangan lupa ikut sebelum tengok resepi di bawah ini.

Bahan Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan :

Bahan Gula Hangus :

  • 1 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan air panas mendidih

Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.

Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan barulah masukkan butter.Sebatikan dan tutup api.Sejukkan.

Bahan Kek Gula Hangus :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 125 gram butter
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 5 biji telur gred B ( 4 jika Gred A )
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu teh essen vanila

Resepi kek gula hangus yang ni memang best sebab sarangnya banyak dan cantik.Tekstur kek pun kenyal sepenuhnya.Anda kena cuba ni tau.

Cara Penyediaan Resepi Kek Gula Hangus :

#1: Dalam bekas,kacau telur bersama susu pekat manis dan essen vanilla.Guna whisk sahaja.Tak perlu kembang cukuplah sehingga telur kuning pecah dan sebati  sahaja.Tambahkan buttercup yang telah dicairkan menggunkan kaedah double boil.Pastikan dah sejuk ya. Kacau manja biar sebati sahaja.

#2: Ayak dulu tepung bersama soda bikarbonat dalam bekas lain supaya elok bercampur semuanya.Barulah dimasukkan ke dalam bekas di langkah 1 sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-perlahan.

Barulah ditambah dengan air gula perang yang telah pun betul-betul sejuk ya.Kacau hingga adunan sebati.

#3: Alaskan loyang 7×7 inci dengan parchment  paper  gris dinding loyang dengan marjerin atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Barulah perap selama 3 jam.

#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Kami gunakan suhu 145’C untuk 40 minit pertama dan 10 minit lagi pada suhu 155’C . Oven kami kuat sikit. Jadi kalau oven biasa, dalam 160 ‘C – 170’C dengan masa yang sama. Ingat gunakan api bawah sahaja ya.

Resepi kek gula hangus yang ni memang best sebab sarangnya banyak dan cantik.Tekstur kek pun kenyal sepenuhnya.Anda kena cuba ni tau.

Tips : Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 50.Kalau tak melekat tepung,masak la tu.

Sejukkan dan keluarkan kek gula hangus barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya. Mula-mula anda belah ua kek dan tengok alur sarang, barulah dipotong melintang melawang alur dan Insyaallah keluar lah sarangnya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom