Kalau anda mahukan kek yang sedap dan lembut dalam saiz kecil, apakata cuba buat resepi kek hokkaido ini. Dengan dipenuhi dengan cream filling dan rasa masam manis potongan strawberi, setiap suapan pastinya anda berpuas hati.
Bahan Resepi Kek Hokkaido Sedap :
- 4 biji putih telur sahaja Gred A
- 4 sudu makan gula castor
- 1 sudu teh cream of tartar
Masukkan semua sekali ke dalam bekas dan kisar dengan kelajuan sederhana. Pastikan sentiasa tengok bila ianya mulai bertanduk. Kalau dah mulai bertanduk, ok dah boleh ketepikan.
Bahan B
- 4 biji telur kuning Gred A
- 3 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan susu full cream
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
Ayakkan bahan ini dan campur masuk ke dalam Bahan B sambil kacau. Bila dah nampak sebati, masukkan pula Bahan A iaitu meringue putih telur dengan kaedah kaup balik.Biar sebati.
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160’C selama 10 minit.
Ambil adunan kek hokkaido dan isi dalam cawan kertas. Isi penuh sama paras dengan permukaan cawan kertas ya. Susun dalam tray dan bakar dalam oven menggunakan api atas bawah selama 30 minit pada suhu 160’C.
Bahan Filling Resepi Kek Hokkaido Lembut :
- 125 gram cream cheese
- 3 sudu makan gula
- 2 sudu makan whipping cream
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan adun hingga semua bahan sebati dan menjadi lembut.
Bila kek hokkaido anda siap dibakar , keluarkan dari oven dan tebuk. Isikan filling cream dan lepas tu tabur gula kisar/snow powder dan letak potongan buah.
Dah siap dah resepi kek hokkaido anda.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom