Resepi Kek Karamel Pelangi Kukus Pakai Blender Jeee.Best Sangat.

53660
Memang best sangat resepi kek karamel pelangi kukus yang kami beri ni.Mudah pakai blender je semua. Rasa pun lembut elok.Nanti boleh la anda buat.tips lengkap

Kami nak kongsikan resepi kek karamel pelangi kukus yang bukan sahaja lembut dan sedap, tapi cara buat dia mudah sangat.Tak perlu guna mixer atau oven, tapi cukup sekadar gunakan blender dan pengukus. Tapi hasil kek karamelnya terbaik.

Lapisan resepi kek karamel pelangi ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lapisan gula hangus, lapisan puding karamel dan terkakhir sekali ialah lapisan kek.

Tips untuk anda mahirkan diri dalam pembuatan kek karamel pelangi ini ialah :

1 – Semasa proses hasilkan gula hangus,jangan sesekali kacau dengan sudu/sudip. Nanti gula mengeras. Biarkan ianya mencair pada api kecil untuk elak hangit dan hanya sengetkan loyang supaya karamel rata ke semua bahagian.

2- Bila lapisan kedua,iaitu puding karamel telah siap dikukus, jangan terus letakkan adunan kek, tapi biarkan sejuk,suam dulu puding untuk elakkan kek menjadi bantat atau tak menjadi.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Marble Susu Belang-Belang Coklat Yang Best Gebu

3- Gunakan pengukus biasa dan pada api sederhana sahaja. Untuk elakkan kek dari tak menjadi. Penggunaan pengukus elektrik Trio tidak sesuai untuk mengukus kek ini.Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain tuala ya.

Memang best sangat resepi kek karamel pelangi kukus yang kami beri ni.Mudah pakai blender je semua. Rasa pun lembut elok.Nanti boleh la anda buat.tips lengkap

Ini tips yang berguna yang perlu anda tahu untuk dapatkan hasil kek yang berkualiti ya.

Terima kasih kepada Puan Teratai Putih di atas sumbangan resepi kek karamel pelangi kukus ni. Memang mudahkan kerja kita bila guna blender je. Semoga puan dimurahkan rezeki.

Bahan Resepi Kek Karamel Pelangi Kukus :

Bahan Gula Hangus :

2 sudu makan gula putih biasa dimasukkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9 inci. Taburkan dalam loyang raya dan boleh masak atas dapur gas dengan api kecil atau masukkan dalam loyang sekitar 4-5 minit pada suhu 150’C-160’C mengikut jenis oven anda. Ketepikan.

Bahan Resepi Puding Karamel :

  • 1 tin susu cair
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 3 biji telur ayam ( ambil keseluruhan telur kuning dan putih )
  • 2 biji kuning telur sahaja ( Jumlah telur adalah 5 biji – 3 biji telur semua + 2 biji kuning telur sahaja )
  • 1 sudu teh essen vanilla

Cara Buat Puding Karamel :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan dan kisar ( blender ) sehingga semua sebati dan berbuih-buih. Masukkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dan pastikan air telah dikukus mendidih dalam pengukus.

Kukus selama 20-25 minit untuk loyang 8/9 inci . Jangan biarkan terlalu lama untuk elakkan mengeras, berkedut. Guna api sederhana sahaja. Sambil mengukus tu, kita sediakan adunana kek karamel.

Oh ya kalau puding ni masak, jangan lupa. Sejukkan dahulu hingga suam-suam sahaja.

Memang best sangat resepi kek karamel pelangi kukus yang kami beri ni.Mudah pakai blender je semua. Rasa pun lembut elok.Nanti boleh la anda buat.tips lengkap

Bahan Adunan Kek Karamel Pelangi Kukus :

  • 5 biji telur ayam gred A/B
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 1 cawan minyak jagung/masak biasa
  • 250 gram tepung naik sendiri jenama MFM
  • 1 sudu makan membukit ovalette
  • 1 sudu teh essen vanila
  • Perasa/pewarna ikut pilihan

Cara Buat Resepi Kek Karamel Pelangi Kukus Blender :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan dan kisar ( blender ) hingga semua sebati bercampur elok dan warna menjadi putih gebu.Senang kan.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka ke dalam bekas.Contoh 3 pewarna. Satu bahagian warna asal, dua lagi warnakan ikut perasa/pewarna pilihan anda.

Cucuk permukaan puding karamel yang telah suam dengan garpu. Ini untuk bolehkan kek melekat elok dengan puding nanti.

#2: Masukkan secara berselang seli setiap adunan ikut kreativiti anda. Sambung kukus selama 60 minit jika anda gunakan loyang 8/9.

Kalau gunakan saiz 5/6, cukup 30-35 minit sahaja. Jangan lupa balut penutup pengukus untuk elak air menitik dan gunakan api sederhana kecil sahaja untuk elakkan daripada kek karamel anda berombak ,tak cantik.

Bila dah siap kukus, biarkan suam dan terbalikkan kek. Jangan tunggu sejuk nanti lapisan gula mengeras dan buatkan kek menjadi lekat pada dasar loyang.

Memang best sangat resepi kek karamel pelangi kukus yang kami beri ni.Mudah pakai blender je semua. Rasa pun lembut elok.Nanti boleh la anda buat.tips lengkap

Selamat mencuba resepi kek karamel pelangi kukus ini.Berbaloi dengan tips lengkap kami berikan.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom