Resepi Kek Karamel Pelangi Gebu Dan Menarik Step By Step

23918
Untuk kek karamel pelangi ini, bahagian atas menggunakan puding gula hangus dan lapisan bawah bukan kek coklat tapi kek pelangi.Jom buat dengan berpandukan resepi penuh kek karamel ini.

Sebut sahaja kek karamel,benda pertama terlintas dalam kepala ialah puding gula hangus yang berada di bahagian atas.Lembut dan menyegarkan.

Bahagian bawah pula boleh dimasukkan kek coklat basah atau kek pelangi bewarna warni yang sedap digandingkan dengan puding karamel.

Kali ni kami nak berikan resepi kek karamel pelangi hasil air tangan Puan Nor Fatihah.Anda boleh ke FB nya untuk lihat lebih lagi.

Paling penting dalam proses menyediakan kek karamel ini adalah cara membuat gula hangus.Gula mestilah dicairkan dengan api yang perlahan untuk elakkan menjadi hangit.

Tips untuk dapatkan karamel yang cantik dan rasa tidak pahit adalah gunakan api kecil sepenuhnya.Memang ambil sedikit masa tapi rasa kek puding karamel anda berbaloi.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Beserta Tip

Satu lagi tips adalah jangan kacau gula ketika mencair.Nanti jdi keras berketul.Hanya goyangkan periuk ke kiri kanan untuk ratakan kawasan.

Untuk resepi kek pelangi karamel gula hangus di bawah ini,anda boleh gunakan beberapa layer.Tak terhad kepada resepi.

Untuk kek karamel pelangi ini, bahagian atas menggunakan puding gula hangus dan lapisan bawah bukan kek coklat tapi kek pelangi.Jom buat dengan berpandukan resepi penuh kek karamel ini.

Bahan-bahan untuk puding karamel gula hangus :

  • 2 ½ sudu makan gula
  • 2 biji telur kuning dan putih
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2  cawan susu pekat
  • 1 sudu makan penuh tepung kastard
  • 1 sudu the esen vanilla

Tabur gula ke dalam loyang 9 inci.Masak di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar keperangan.Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.

Untuk puding karamel pula,kacau semua bahan menggunakan garfu sahaja supaya sebati.Jangan biarkan berbuih.Tapis ke dalam loyang tadi. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit untuk puding mula membeku.

Bahan-bahan Resepi Kek Karamel Pelangi :

  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu the esen vanilla
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Pewarna pilihan
  • Serbuk koko/milo secukupnya

Bahan-bahan meringue :

  • 6 biji telur putih sahaja
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1 sudu teh cream of tartar

Cara penyediaan meringue : 

#1: Pukul semua bahan pada kelajuan pelahan dahulu supaya sebati dan naikkan kelajuan laju untuk 2-3 minit dan mula perlahankan semula sehingga adunan mula bertanduk soft peak.Maksudnya tanduk mula terbentuk dan bila terbalikkan bekas, adunan tidak tumpah.

Untuk kek karamel pelangi ini, bahagian atas menggunakan puding gula hangus dan lapisan bawah bukan kek coklat tapi kek pelangi.Jom buat dengan berpandukan resepi penuh kek karamel ini.

Cara penyediaan kek karamel pelangi :

#1: Pukul telur,gula,air,minyak dan esen vanilla hingga berkrim.Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Pukul lagi hingga kembang.

#2: Masukkan meringue dalam 3 peringkat.Kaup balik dari bawah ke atas perlahan-lahan sehingga sebati.

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian secara sekata.2 bahagian dicampur pewarna manakala 1 bahan lagi warna asal.Boleh mula panaskan oven pada suhu 170’C selama 10-15 minit.

#3: Dengan gunakan sudu, tuang adunan hijau ke dalam Loyang berisi pudding tadi dengan perlahan dan berhati. Ratakan dengan sudu dan tak perlu rata sangat untuk dapatkan corak beralun ya.Adunan akan terapung.Kemudian ayak serbuk koko atau milo membentuk satu lapisan nipis.Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan tadi.Lapisan terakhir tak perlu ayak serbuk koko atau milo.

#4: Bakar menggunakan kaedah water bath iaitu letak loyang kek ke dalam loyang 10 inci yang berisi air panas sehingga loyang tenggelam pada paras suku.Bakar selama 45 minit  pada api atas bawah suhu 170’C dan  15 minit pada api atas sahaja.

Setelah kek caramel pelangi anda masa,sejukkan 20 minit hingga kek lekang daripada loyang.Terbalikkan dan siap.Siap dan selamat mencuba

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Untuk kek karamel pelangi ini, bahagian atas menggunakan puding gula hangus dan lapisan bawah bukan kek coklat tapi kek pelangi.Jom buat dengan berpandukan resepi penuh kek karamel ini.