Resepi Kek Keju Blueberry Meleleh

11637
Resepi Kek Keju Blueberry Meleleh yang pastinya akan buat anda happy dan berpuas hati dengan hasilnya.Rasa kek yang ringan ditambah dengan masam manis.
Resepi Kek Keju Blueberry Meleleh yang pastinya akan buat anda happy dan berpuas hati dengan hasilnya.Rasa kek yang ringan ditambah dengan masam manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda pengunjung dari dapur dot com yang sentiasa menjadikan web ini sebagai pilihan untuk resepi mudah . Kali ini, kami bawakan anda resepi Resepi Kek Keju Blueberry Meleleh . Sesuai dengan namanya, memang sungguh ringkas dan senang cara pembuatan kek ini. Jom kita lihat cara-cara pembuatannya.

Sebelum bermula, disarankan anda membaca artikel ini untuk mempertingkatkan lagi kemahiran anda.

6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu Anda Elak

Bahan-bahan  Resepi Kek Keju Blueberry Meleleh

Bahan A
350 gm krim keju
80 gm mentega

Bahan B
180 gm Krim Putar (Dairy Whipping Cream)
4 biji telur kuning

Bahan C
15 gm tepung kek
15 gm tepung jagung

Bahan D
4 biji telur putih gred B
80 gm gula
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Lapisan biskut 
100 gm biskut cream crackers, dihancurkan
60 gm mentega, dicairkan

Topping 
Blueberry jem / buah blueberry

Cara Membuatnya :

Pertama , Meggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, putarkan krim keju dan mentega ( Bahan A )sehingga sebati , selepas itu, masukkan krim putar dan kuning telur ( Bahan B ). Kacau lagi hingga sebati dan selepas itu masukkan tepung yang telah digaul ( Bahan C )sedikit demi sedikit.

Kedua , putar Bahan D hingga hingga kembang dan gebu. Satukan dengan adunan diatas dan gaul sebati.

Ketiga ,  untuk membuat lapisan biskut, hancurkan biskut hingga halus.Tuangkan mentega cair dan gaul sebati. Sediakan tin springform bersaiz 8 atau 9 inci. Tekankan biskut ke dasarnya hingga rata. Sejukkan dalam peti dingin beku selama 10 minit.

Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab
Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab


Keempat
, tuangkan adunan kek keatas biskut. Lapik tin dengan kertas aluminium supya tidak dimasuki air. Panaskan oven pada suhu 160’C  selama 10 minit . Bakar secara “steam bake atau nama lain water bath ” dan masukkan ke dalam ketuhar selama 50 minit pada suhu 160’C  . Setelah masak , sejukkan, masukkan topping dan masuk dalam peti ais beberapa jam sebelum dihidang.

Siap dah kan. Memang sangat sedap kek blueberry cheese ini ini.  Rasanya sungguh lembut dan ringan serta kaya dengan rasa keju.

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Kek Marble Oren Coklat
Kek Kastard Lembut Wangi

Kek Karamel Pelangi
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel