Resepi Kek Keju Jepun Sedap

20159
Resepi Kek Keju Jepun Sedap
Rasa kek keju jepun yang gebu memang sesuai untuk minum petang. Cair dalam mulut dengan penuh kesedapan keju.

Bahan – Bahan

7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar

Cara Menyediakan Resepi Kek Keju Jepun

1. Carikkan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan. Kacau sekerap yang mungkin

2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.

3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.

4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga
kembang dan meringue(bertanduk).

5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)

6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati

8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.

9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas

10. Panaskan oven pd suhu 160’c dan boleh lah Kek Keju Jepun  dibakar dalam 60 minit = 160’C dan 30 minit lagi pada 150’C.


Selamat mencuba