Menjelang lebaran,semakin ramai lah mulai mencari resepi kek kismis,kek buah,kek sarang semut dan pelbagai lagi untuk digandingkan dengan biskut raya di atas meja bagi santapan para tetamu nanti.
Bagi kebanyakan orang,kek yang dihidangkan pada hari lebaran biasanya jenis kering.Tiada salutan buttercream dan sebagainya untuk elak dari cepat muat. Jadi kek yang kami sebutkan di atas memang sesuai.
Kek kismis kukus ini salah satu kek popular Sarawak selain daripada Kek Lapis,Kek Lumut dan juga Kek Hati Parek.Terima kasih kepada Puan Eiyjarn Ezian Angah di atas resepi kek kismis ini.
Anda boleh ke laman Fb beliau tuk resepi kek , biskut dan masakan yang lain.
BACA DI LINK BARU : Mudahnya Resepi Kek Kukus Ombre Dengan Tips Ini
Kek kismis lembab ni memang menjadi kegemaran bagi tetamu usia 40 an ke atas. Rasa kek lembab yang kaya dengan campuran kismis serta red date memang berikan rasa yang menarik.
Tips bagi elakkan buah mendap dalam adunan resepi kek kismis ni, ada dua tips yang boleh anda cuba.
Pertama sebelum letak tepung bersama baking powder dalam adunan,masukan buah-buahan kering dulu ( tengok langlah penyediaan ).
Kedua anda gaul buahan kering ini dengan tepung supaya bersalut baru masukkan ke dalam adunan yang telh diadun dicampur dengan tepung dan baking powder.Bila dh masukkan dalam loyang,baru benamkan buah tadi.
Dah ada tips kan.Jom tengok resepi kek nya.
Bahan-bahan Resepi Kek Kismis
- 450 gram mentega
- 10 biji telur gred B
- 1/2 tin gula halus
- 1 tin susu pekat manis
- 1/2 kg kismis hitam
- 1/2 kg kismis campuran
- 2 kotak red date
- 100 gram ceri merah
- 100 gram ceri hijau
- 3 tin 1/2 tepung hongkong @tepung gandum ( sukat guna tin susu pekat manis )
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu makan esen vanilla
Tips : Gunakan tin susu pekat manis ya untuk meyukat.Beratnya 339 gram.Red date jika susah nak cari ,x masukkan xpe.
Cara Penyediaan Kek Kismis Bermalam
#1: Pukul gula dan mentega sampai kembang baru masukan telur satu persatu.Pukul sebati semua
Masukan susu pekat dan esen vanilla.Pukul lagi sampai sebati.
#2: Masukan ceri merah,ceri hijau,kismis hitam,kismis campuran & red date. Gaul sebati guna senduk. Bagi mengelakan buah mendap atau turun,kena letak buah dulu sebelum letak tepung.
#3: Baru masukkan tepung dan baking powder.Untuk lebih sebati,ayak dulu campuran kedua bahan ini sebelum masukkan ke dalam adunan.Gaul sebati guna senduk sahaja.
#4: Masukan ke dalam loyang 10×10′.Tutup dgn aluminium foil.Perap semalaman pada suhu bilik.Kukus selama 4 jam.Makin lama kukus makin sedap.
Bagi mendapatkan keratan kek yang kemas & cantik, sejukkan dulu kek kismis didalam peti sejuk semalaman. Baru cantik dan kemas potongannya.
Baca pun tau lembab sangat kek kismis ni bila jadi kan.Selamat mencuba resepi kek untuk hari lebaran yang bakal menjelma nanti.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom