Resepi Kek Lapis Kukus Milo Horlick Yang Sangat Sedap

21637
Tak tahu nak buat kek apa nanti raya,bolehla cuba resepi kek lapis kukus milo beserta horlicks ni.Memang cukup rasa coklatnya,cukup rasa lemak horlicknya.Tips tuk dapatkan kek lapis gebu,kurangkan penggunaan putih telurnya untuk kek kali ini ya.

Kami akan tambah koleksi resepi kek lapis kukus milo ini khas untuk bantu anda sediakan kek di musim raya nanti.Segala artikel resepi yang ditulis anda tak perlu rungsing nak fikir jadi ke tak, sebab follow je apa yang telah ditaip, dan hasilnya buatkan anda tersenyum bangga.

Memandangkan kita akan buat kek lapis Sarawak, jom kami ceritakan sedikit sebanyak aktiviti yang anda boleh terokai bila ke sana.Kalau pergi ke Sarawak terutama di bandar Kuching, jangan lupa naiki bot dan menyeberangi sungai Sarawak.

Di seberang sana jangan lupa singgah di   2 kedai popular menjual kek lapis dan juga aneka kek lagi seperti kek hati parek,kek buah serta kek asam manis. Satu kedai bernama Mira Cakes House dan satu lagi Kek Lapis Dayang Salhah.

Rata-rata pada musim cuti, dua kedai ini mesti diserbu oleh pelancong tempatan yang ingin mencari koleksi kek lapis.Rambang mata dibuatnya.

Selain daripada kek, di kawasan ini juga ada tempat menjual ikan masin popular Sarawak iaitu ikan terubuk . Kalau anda sampai waktu petang di sini,perut pun mesti terasa lapar kan ?

Kami rekomenkan anda ke My Village Barok  yang tak perlu jalan jauh dari kedai menjual kek lapis tadi.. Apa yang best kat sini ?

Barok Village

Memang tak menyesal dengan menu yang berasaskan ayam bakar dan juga menu asli Sarawak seperti pucuk paku, ayam pasoh dan banyak lagi.

Dah cerita sedikit sebanyak, jom lah kita berbalik pada resepi  kali ini, resepi kek lapis kukus milo horlick. Tips untuk dapatkan lapisan yang sekata, adalah sebelum lapisan dituang ke dalam bekas untuk dikukus, sukatan akan ditimbang tepat sebanyak 200 gram.

Selain itu, putih telur juga dikurangkan untuk gebukan lagi rasa kek.Daripada 10 biji telur yang diguna, putih telur hanyalah 7 biji sahaja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Lapis Kukus Dendam Arora Yang Mudah

Terima kasih kepada Puan Nore Anne yang sudi berkongsi resepi kek untuk kita semua.

Bahan-bahan resepi kek lapis kukus milo :

  • 450 gram buttercup
  • 7 biji telur putih beserta kuning gred A or B
  • 3 biji telur kuning sahaja gred A or B
  • 200 gram gula aising
  • 1 tin besar susu pekat manis
  • 1/2 tin Susu Cair.
  • 1 Sudu Teh Baking Powder.
  • 220 gram tepung gandum
  • 200 gram milo.
  • 200 gram horlicks.
  • 1 sudu teh esen vanilla.

Tak tahu nak buat kek apa nanti raya,bolehla cuba resepi kek lapis kukus milo beserta horlicks ni.Memang cukup rasa coklatnya,cukup rasa lemak horlicknya.Tips tuk dapatkan kek lapis gebu,kurangkan penggunaan putih telurnya untuk kek kali ini ya.

Cara buat kek lapis kukus milo Sarawak ini :

#1: Dalam bekas, masukkan butter dan gula aising tadi.Boleh gunakan mixer tangan dan pukul sehingga kembang.Barulah dimasukkan telur satu demi satu dan pukul sehingga gebu barulah ditambah dengan yang lain.

#2: Masukkan  pula tepung gandung dan adun sebati adunan kek lapis kukus ni.Jangan lupa ayak dulu tepung gandum bersama baking powder untuk sebatikan baking powder dalam tepung tadi.

Baru tambahkan susu pekat, susu cair beserta essen vanilla.Yang ni tak perlu guna mixer cukup sekadar gaul denagn senduk kayu je.

#3: Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Bahagian pertama masukkan milo, bahagian kedua masukkan pula horlick tadi.

Alaskan loyang 8×8 inci dengan baking paper, panaskan air dalam pengukus hingga mendidih baru masukkan lapisan pertama 200 gram , kukus sekitar 7,8 minit barulah tambah lapisan kedua dengan berat yang sama serta waktu kukus yang sama.

Tak tahu nak buat kek apa nanti raya,bolehla cuba resepi kek lapis kukus milo beserta horlicks ni.Memang cukup rasa coklatnya,cukup rasa lemak horlicknya.Tips tuk dapatkan kek lapis gebu,kurangkan penggunaan putih telurnya untuk kek kali ini ya.

Ulang hingga habis dan untuk lapisan terakhir, kukus sekitar 30,40 minit. Jangan lupa tengok takut air pengukus anda kering.Bila kek dah masak, sejukkan baru dipotong.

Memang mudah kan step resepi kek lapis kukus milo ni.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom