Resepi Kek Lapis Kukus Dendam Arora Yang Mudah

9390
Senang buat kek lapis kukus bila dah ada tips tambahan ni.Kukus kek menggunakan api sederhana sahaja untuk elakkan kek menjadi berombak. Kalau mencari resepi kek kukus Sarawak yang senang , rasanya ini adalah salah satunya.

Kek lapis boleh dikatakan menjadi indentiti negeri Sarawak selepas burung kenyalang dan juga tugu kucing disana.Sebut sahaja kek lapis Sarawak, terbayang kek yang pelbagai warna dilapis berselang seli dan dimasak dengan dua kaedah iaitu bakar atau kukus.

Pernah tak jika kita makan kek lapis original datang dari Sarawak, rasanya sedap padat dan tahan lama.Itulah keistimewaan kek Sarawak ni, tiada penggunaan bahan penaik seperti soda bikarbonat atau baking powder dalam pembuatan kek lapis.

Satu lagi keistimewaan kek Sarawak ini adalah ianya tahan lama berbulan bulan di dalam peti ais.Memang tak masalah langsung.Ini kerana ada sesetengah kek yang dibakar hampir 4 jam atau dikukus 4 jam untuk jadikan kek lembab dan tahan lama.

Resepi kek lapis kukus ini adalah hasil daripada Puan Eiyjarn Aziean. Kek ni boleh dikatakan sangat mudah sebab hanya menampilkan tiga lapisan besar.Jadi sesuai la bagi mereka yang nak mencuba atau nak buat dalam waktu singkat.

Kek ini memang untuk kukus sahaja ya.Tapi jangan risau,banyak lagi arktikel resepi kek bakar yang ada dan bakal menyusul khas untuk anda.

Rasa kek lapis kukus ni sangat sedap berlemak hasil penggunaan susu pekat manis, cream cheese dan juga tepung ais krim.Boleh bayang tak rasanya macam mana bila masuk ke dalam mulut ? Mesti lembut kan tambah-tambah guna 10 biji telur.

Kek lapis Sarawak memang banyak penggunaan telurnya untuk buatkan kek naik ketika dimasak dan juga untuk sebagai ganti kepada serbuk penaik yang tidak digunakan dalam resepi kek Sarawak ni.

Bahan-bahan Resepi Kek Lapis Sarawak Dendam Arora : 

  • 500 gram mentega
  • 10 biji telur gred A @ B
  • 140 gram gula halus
  • 1 sudu makan membukit ovallete
  • 500 gram susu pekat manis
  • 250 gram cream cheese
  • 200 gram tepung ice cream perisa keladi
  • 200 gram horlicks
  • 220 gram tepung(2gelas)
  • 2 sudu besar pes pandan beserta sedikit pewarna hijau
  • Pewarna biru
  • Pewarna ungu

Senang buat kek lapis kukus bila dah ada tips tambahan ni.Kukus kek menggunakan api sederhana sahaja untuk elakkan kek menjadi berombak. Kalau mencari resepi kek kukus Sarawak yang senang , rasanya ini adalah salah satunya.

Cara Buat Kek Lapis Kukus :

#1: Dalam satu bekas,pukul gula bersama dengan mentega dan juga ovallete menggunakan hand mixer atau mesin sehingga kembang dan warnanya mula bertukar menjadi putih.

Baru tambah masuk telur satu demi satu.Jangan lupa basuh telur terlebih dahulu. Cukup sekdar sebati tak perlu kembang.Dah siap semua masukkan susu pekat manis dan juga cream cheese dan kacau sebati.

#2: Tambahkan serbuk horlicks diikuti tepung ais krim perisa keladi tadi.Gaul sebati dengan senduk selepas itu barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga semua sebati.

Untuk dapatkan hasil kek lapis yang licin dan elok,ayak terlebih dahulu tepung gandum

#3: Adunan yang telah siap ini dibahagikan kepada 3 bahagian sama banyak.Anda boleh guna penimbang atau kira bilangan senduk.Terpulang.

Bahagian 1 letak pewarna hijau & pes pandan
Bahagian 2 letak pewarna biru
Bahagian 3 letak pewarna ungu

#4: Alas loyang 9X9 bersama baking paper untuk mudah dikeluarkan nanti.Panaskan air dalam pengukus dan  k ukus bahagian hijau dulu selama 40minit, kemudian lapis dengan bahagian biru & kukus selama lebih kurang 1jam, diikuti dengan bahagian ungu, kukus selama lebih kurang 2 jam atau sampai masak.

Senang buat kek lapis kukus bila dah ada tips tambahan ni.Kukus kek menggunakan api sederhana sahaja untuk elakkan kek menjadi berombak. Kalau mencari resepi kek kukus Sarawak yang senang , rasanya ini adalah salah satunya.

Tips untuk kek lapis kukus ni,kukus dengan api sederhana sahaja.Elakkan api besar nanti lapisan kek menjadi berombak.Jangan lupa tengok air dalam pengukus takut kering.

Dah siap sejukkan baru keluarkan dan potong.Kalau anda nak tukar dengan warna lain pun tak de masalah.Selamat mencuba ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom