Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus Best Dan Senang Sangat

6395
Resepi kek lapis masam manis ni antara kek yang senang dibuat kalau anda terasa mahu makan. Walaupun kali pertama anda buat, pasti berpuas hati.

Resepi kek lapis masam manis ni antara kek yang senang dibuat kalau anda terasa mahu makan. Walaupun kali pertama anda buat, pasti berpuas hati dengan rasa dan hasil akhir. Insyaallah

Sedikit tips untuk anda buat kek asam manis ini, bila sahaja melibatkan kukus, pastikan tutup pengukus dengan kain tuala supaya air tidak menitik masuk ke atas permukaan kek.
Kukus kek menggunakan api sederhana besar untuk pastikan kek tidak berombak.

Bahan utama kek ini mestilah asam haw flakes atau asam manis ini. Dekat mana nak dapat ? Anda boleh cari di Shopee atau pun pasaraya. Mudah didapati.

BACA DI LINK BARU : Resepi Triple Chocolate Mousse Cake Mr Ali. Best Lengkap Tips

Terima kasih kepada Puan Zura Zul di atas sumbangan resepi kek lapis masam manis ni. Memang mudah untuk disediakan.

Resepi kek lapis masam manis ni antara kek yang senang dibuat kalau anda terasa mahu makan. Walaupun kali pertama anda buat, pasti berpuas hati.

Bahan Resepi Kek Lapis Masam Manis :

  • 5 biji telur (sejuk dari peti)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu makan ovelate
  • 150 ml susu cair
  • 100ml minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Buat Resepi Kek Lapis Masam Manis Sukatan Cawan :

#1: Campurkan baking powder dan baking soda ke dalam tepung gandum. Ayak 2-3 kali untuk pastikan bahan sebati dan ketepikan seketika. Sementara itu anda boleh masukkan air dalam pengukus dan didihkan air.

Dalam satu bekas, pukul Mix gula dan telur hingga kembang setelah kembang masukkan ovellete dan mix lagi hingga betul2 kembang gebu, Warnannya bertukar menjadi putih pucat.

Barulah tambah bahan ayak iaitu tepung bersama baking powder tadi sedikit demi sedikit bersama susu dan esen vanilla sambil kacau cukup sekadar sebati. Bahagikan adunan kepada 2-3 bahagian mengikut pilihan anda. Letak pewarna/perasa ikut pilihan.

Resepi kek lapis masam manis ni antara kek yang senang dibuat kalau anda terasa mahu makan. Walaupun kali pertama anda buat, pasti berpuas hati.

#2: Alas loyang 9 inci dengan baking paper dan sapu minyak sedikit di dinding loyang. Jangan lupa pastikan air mendidih terlebih dahulu dalam pengkus ya.

Ceduk masuk adunan 1 dengan senduk bulat dalam anggaran 2 senduk dan letak asam haw. Kukus lapisan pertama sekitar 10-15 minit bergantung pada ketebalan lapisan.

Baru tambah lapisan kedua dengan adunan 2 dan letak lagi asam haw dan kukus pada temph masa yang sama.

Ulang sehingga ke lapisan terkahir dan untuk lapisan atas, susun asam haw flakes mengikut kreativiti anda dan kukus 35-40 minit dengan api sederhana.

#3: Biarkan kek masam manis anda sejuk dahulu barulah dikeluarkan dan dipotong. Dah siap

Sangat mudah kan penyediaan kek lapis masam manis ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom
Resepi kek lapis masam manis ni antara kek yang senang dibuat kalau anda terasa mahu makan. Walaupun kali pertama anda buat, pasti berpuas hati.