Resepi Kek Lapis Red Velvet Cheese Untuk Tetamu Di Hari Istimewa

37416
Dengan resepi lengkap dan tips penuh kami beri, memang anda boleh cuba resepi kek lapis red velvet ni tanpa ragu.Memang sedap sangat rasa kek dan lembut.

Kalau di Sarawak, pada hari lebaran, akan muncul banyak koleksi kek lapis yang dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung, jadi hari ini kami berikan resepi kek lapis red velvet cheese untuk anda cuba dan meriahkan lagi koleksi kek di hari lebaran atau hari biasa.

Memang menarik warna dan tekstur kek lapis ini.Diletak ganding bersama koleksi biskut raya,pastinya mencuri tumpuan sanak saudara yang datang berkunjung untuk mencubanya.

Antara sedikit tips untuk resepi kek lapis red velvet cheese ini bagi hasil terbaik, gunakan loyang bersaiz segi empat sama seperti saiz 8X8 .

Untuk rasa kek yang harum terbaik, jangan guna marjerin tapi pilihlah pure unsalt butter seperti jenama Anchor.Yerlah bukan selalu buat kek lapis ni kan. Apa salahnya sekali sekala pakai.

Terima kasih kepada Puan Nurhafina di atas resepi kek lapis red velvet cheese ini yang begitu menyelerakan kita semua.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Panggang Serai Dengan Air Asam Istimewa.Sedapnya

Bahan Resepi Kek Lapis Red Velvet Cheese :

Adunan Merah:

  • 250 gram pure unsalt butter (saya pakai Anchor)
  • 5 biji telur ayam gred A
  • 235 gram tepung gandum – diayak bersama serbuk koko
  • 2-3 sudu makan serbuk koko
  • 175 gram gula kastor
  • 150 gram susu pekat manis
  • 1 cup ( 135 gram berat bersih ) mixed berries yogurt
  • 1 sudu teh ovallette
  • Pewarna merah

Adunan Cheese:

  • 500 gram cream cheese
  • 3 biji telur ayam gred A
  • 120 gram gula kastor
  • Sedikit esen vanila

Dengan resepi lengkap dan tips penuh kami beri, memang anda boleh cuba resepi kek lapis red velvet ni tanpa ragu.Memang sedap sangat rasa kek dan lembut.

Cara Penyediaan Resepi Kek Lapis Red Velvet :

Adunan Merah :

#1: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.

Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.

#2: Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

Adunan Cheese:

#1: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.

#2: Panaskan oven 170-190’C. Griskan loyang dengan sedikit baki butter dan alas dengan baking paper. Guna loyang saiz 8x8x3

Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan,

Lapisan pertama dalam 5 sudu makan dan bakar pada suhu 150’C selama 7 minit guna api atas bawah. Bila dah siap , untuk lapisan kedua dan seterusnya guna api bahagian atas sahaja.

Sama juga lapisan kedua 5 sudu makan lepas tu bakar 7 minit dan teruskan dengan lapisan ke tiga dan barulah ke lapisan pertama cream cheese.

Dengan resepi lengkap dan tips penuh kami beri, memang anda boleh cuba resepi kek lapis red velvet ni tanpa ragu.Memang sedap sangat rasa kek dan lembut.

Masukkan dalam 10-13 sudu makan bagi membentuk lapisan dan bakar dalam 7-9 minit dengan suhu 150’C juga dan api atas sahaja.

Barulah teruskan semula dengan lapisan merah dna cream cheese dengan teknik dan sukatan yang sama sampailah habis.

Bila dah masak, keluarkan tunggu sejuk dulu barulah dipotong bentuk segi empat ya. Selamat mencuba resepi kek red velvet cheese ni.</>