Resepi Kek Lumut Hijau Kukus

23353
Resepi Kek Lumut Hijau Kukus - Rasa yang lembab menyerlahkan kesedapan kek. Jom kita lihat bahan dan cara penyediaan kek ini. Memang berbaloi baloi taw .
Resepi Kek Lumut Hijau Kukus - Rasa yang lembab menyerlahkan kesedapan kek. Jom kita lihat bahan dan cara penyediaan kek ini. Memang berbaloi baloi taw .

Salam buat pengunjung warga dari dapur dot com, apa kata hari selasa ini , kita cuba Resepi Kek Lumut Hijau Kukus

Resepi kek lumut ini adalah dikukus . Jadi rasa yang lembab menyerlahkan kesedapan kek. Jom kita lihat bahan  dan cara penyediaan kek ini.

Bahan – Bahan Resepi Kek Lumut Hijau Kukus

 

10 biji telur gred A
450 gram mentega berkualiti tinggi seperti jenama Anchor
3/4 cawan gula kastor
2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
60 ml pes pandan
1 cawan susu pekat manis

Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab
Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab

Cara – Cara Penyediaan Kek Lumut

Tips – Resepi ini adalah untuk loyang yang bersaiz 8 X 8 inci 

Pertama , panaskan pengukus dengan mendidihkan air di dalam pengukus , loyang 8 x 8 inci digris dengan sedikit mentega dan tepung.

Kedua , gula kastor dipukul dengan mentega dan amsukkan esen vanila sehingga adunan menjadi kembang dan berkrim. Guna kelajuan hand mixer paling laju. Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji pada kelajuan perlahan.

Ketiga , masukkan pula susu pekat dan pewarna pandan tadi. Putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama horlick, serbuk almond dan nestum. Kacau lagi sehingga sebati adunan.

Keempat , adunan yang telah siap dituang ke dalam loyang dan tutup permukaan loyang dengan aluminium foil yang telah disapu sedikit butter untuk elakkan melekat. Kukus selama 4 jam pada api sedehana. Jika air berkurangan , boleh tambah air dalam pengukus. Siap.

Wah, walaupun lama kukus kek ini, percayalah , anda pasti berpuas hati dengan hasilnya taw .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Muffin Coklat
Resepi Kek Carrot Mudah

Resepi Kek Mentega Gebu

Resepi Pavlova Strawberi

Resepi Apam Pisang Kukus
Resepi Kek Keju Blueberry
Resepi Kek Coklat Berkeju
Resepi Kek Marble Oren

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel