Resepi Kek Lumut Sarawak Yang Sangat Mengancam Selera

113940
Lepas ni boleh cuba buat kek lumut sarawak atau kek hijau sarawak ni.Memang lembab sungguh. Makin lama kukus makin sedap.Lama boleh tahan tau kek ni.

Bila sebut saja kek bewarna hijau mesti kita akan ingat kek lumut versi bakar atau versi kukus kan. Tapi kali ni jom tengok resepi kek lumut Sarawak.Sama bewarna hijau dan dikenali dengan kek hijau sarawak atau kek lumut Sarawak.

Perbezaan kek ini di semenanjung dengan Sarawak ni adalah dari segi bahan dan tesktur. Kek lumut Sarawak agak lebih besar dan padat. Sekali cuba pasti nak lagi. Memang sedap sangat.

Dan dikukus 6 jam. Memang lembab habis. Mesti dah tak sabar nak cuba resepi kek lumut versi ni kan. Selain tu anda boleh cuba Resepi Kek Kukus Ombre Dengan Tips Ini di sini ya.

Kalau selalu resepi kita banyak berasaskan sukatan cawan kan. Tak kiralah dengan menggunakan cawan metrik atau cawan kopi. Tapi kali ni lain sikit. Kita akan gunakan sukatan tin susu. Anda jangan risaw mana nak cari pulak tin susu. Guna ja tin susu mengikut resepi ya. Dan yang lagi best, resepi kek ni hanya menggunakan 7 bahan sahaja. Tersangatlah mudah dan senang.

Lepas ni boleh cuba buat kek lumut sarawak atau kek hijau sarawak ni.Memang lembab sungguh. Makin lama kukus makin sedap.Lama boleh tahan tau kek ni.

Bahan-bahan resepi kek lumut Sarawak:
Sukatan tin  menggunakan tin berisipadu 500  gram.

  • 450 gram mentega
  • 12 biji telur
  • 2 tin susu pekat manis
  • 2 tin kaya (sukat guna tin susu)
  • 60 ml pes pandan
  • 2 tin horlicks
  • 2 tin tepung gandum
  • Esen vanilla (optional)

Cara buat resepi kek lumut Sarawak : 

#1:  Pukul mentega dengan mixer hingga kembang bertukar  putih pucat. Kemudian, masukkan susu pekat manis, kaya dan telur satu per satu. Putarkan lagi hingga adunan sebati dan tambahkan pes panda. Pukul lagi dengan kelajuan sederhana hingga sebati.

#2:  Sementara itu, satukan dan ayakkan horlicks dan tepung gandum. Lalu, masukkan tepung gandum dan horlicks yang telah diayak ke dalam mixer sedikit demi sedikit. Putarkan lagi hingga adunan betul-betul sebati dan sekata.

#3:  Setelah itu, sediakan loyang bersaiz 10 dan sapukan mentega.Kalau nak buat separuh, bahagi dua sukatan kek di atas dan boleh guna loyang saiz 7 atau 8. Boleh juga dilapikkan dengan baking paper atau taburkan sedikit tepung supaya kek kita tidak melekat. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hentakkan loyan agar adunan mampat dan rata.

#4:  Sementara itu, panaskan periuk kukus hingga mendidih airnya. Apabila air telah mendidih, masukkan loyang kita tadi. Sebelum itu, anda perlu tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik untuk mengelak air masuk ke dalam kek kita. Kek perlulah dikukus selama 6 jam untuk hasil yang terbaik. Sekiranya tidak, anda juga boleh kukus hingga kek kita masak.

Perbezaan resepi kek lumut Sarawak ini di semenanjung dengan Sarawak ni adalah dari segi bahan dan tesktur.

Anda semua bolehlah mencuba ya. Untuk pengetahuan anda,kek lumut sarawak  ni agak besar ya. Adunannya banyak. Sekiranya anda nak mencuba, bolehlah bahagikan adunan kepada dua. Setiap sukatan dibahagikan kepada dua ya. Untuk adunan yang separuh, anda cuma perlukan loyang berukuran 7 atau 8. Selamat mencuba.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Noy Yullan
Penulis Buku Resepi ” 40 Resepi Kek Lapis Sarawak ”
Sangat detail penerangan dalam buku. Sesuai untuk jana pendapatan. Boleh pm beliau untuk detail. RM15 ( exc postage ) sahaja tapi lengkap siap tips Bestkan.

40 resepi kek lapis sarawak

Video Pilihan : Resepi Kek Kukus Ombre Gebu