Resepi Kek Marble Jelita Lembut Habiss.Best Sangat Resepi Lengkap

12415
Kalau anda mencari-cari resepi kek marble jelita yang sangat menawan mata bila melihat kegebuan dia, artikel resepi ini sesuai untuk anda.Sedap dan lembut .

Kalau anda mencari-cari resepi kek marble jelita yang sangat menawan mata bila melihat kegebuan dia, artikel resepi ini sesuai untuk anda. Kek jelita ini boleh anda padankan dengan pelbagai perasa/perisa mengikut kesukaan.

Untuk corak pula, bergantung pada kreativiti anda. Boleh hasilkan corak yang menarik dan juga pelbagai warna jika mahu.

Kenapa resepi kek marble jelita ini cukup gebu ?

Salah satu faktornya adalah penggunaan telur yang banyak.Dalam satu adunan, bilangan telur adalah 6 biji.Apabila kesemua telur ini dipukul,ianya membentuk buih yang mengandungi ruang udara. Ketika dikukus, ruang udara ini kekal dan membantu apam tidak menjadi padat.

BACA DI LINK BARU :Resepi Popia Bergedil Best Penuh Dengan Inti Dan Sambal Kicap

Kalau banyak telur mesti lembik adunan kan ? Di sinilah peranan ovalette. Ovalette membantu mengekalkan tekstur ruang udara di dalam buih telur supaya sentiasa stabil selain menjadikan kek jelita marble itu gebu. Ok dah faham kan ?

Terima kasih kepada Puan Ammar Amzar Amsyar di atas sumbangan resepi kek marble jelita yang memang sangat gebu ini. Diambil dari resepi asal Puan Azlina Ina dan diubah mengikut selera Puan Ammar.Moga murah rezeki puan sekeluarga.

Kalau anda mencari-cari resepi kek marble jelita yang sangat menawan mata bila melihat kegebuan dia, artikel resepi ini sesuai untuk anda.Sedap dan lembut .

Bahan Resepi Kek Marble Jelita Santan Gebu :

  • 6 biji telur A *
  • 170 gram gula halus *
  • 1 sudu makan ovellet *
  • 60 gram santan kotak *
  • 190 gram tepung self rising yang diayak *
  • 1 sudu makan paste panda/perasa pilihan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 170 gram marjerin pelangi/buttercup yang dicairkan

Ayak terlebih dahulu tepung naik sendiri lebih kurang 1-2 kali.Untuk cairkan marjerin, letak je dalam kuali yang sedikit panas. Sangat senang kan

Cara Buat Resepi Kek Marble Jelita Lembut :

#1: Sediakan bahan dan mix bahan yang bertanda pada kelajuan sederhana hingga adunan gebu dan naik sekali ganda.Tambah masuk adunan marjerin cair dan kaup balik menggunakan sudip hingga adunan sekata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Atau nak senang bahagi 2 sahaja. 1 adunana asal dan 1 adunan ditambah pewarna/perisa pandan.

#2: Sapu marjerin pada dasar dan dinding loyang saiz 8-9 inci dan barulah dituang adunan asal diselang seli dengana adunan bewarna atau mengikut kretiviti anda. Di bahagian atas sekali, lorekkan ikut corak yang mahu dihasilkan . Semua ini terpulang pada anda untuk gayakan resepi kek marble jelita santan.

Kalau anda mencari-cari resepi kek marble jelita yang sangat menawan mata bila melihat kegebuan dia, artikel resepi ini sesuai untuk anda.Sedap dan lembut .

Panaskan oven pada suhu 160’C sekitar 10 minit. Barulah masukkan loyang dan turunkan suhu pada 140-150’C.Bakar 1 jam 25-30 minit mengikut oven pada api atas bawah.

#3: Dah masak, jangan terus keluarkan kek, tunggu 5 minit dan barulah sejukkan kek. Boleh terbalikkan kek atas redai dan barulah dipotong bila sejuk.

Senang kan buat resepi kek marble jelita gebu ni. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom