Resepi Kek Marble Nutella Kukus Guna Blender Semua Orang Boleh Buat

7491

Banyak saya dapat permintaan mereka di luar sana yang mahukan resepi kek marble paling senang yang boleh dibuat. Maklumlah,tak semua orang ada oven adan mixer kan.Paling-paling kurang pun ada bahan asas seperti blender dan juga pengukus kan.

Jadi selepas mencuba resepi demi resepi yang diubah suai oleh pihak kami ,akhirnya kebanyakkan orang boleh menikmakti kek marble nutella bersama yang tersayang.Kenapa?

Sebab kali ini dalam video tutorial,saya panjangkan lagi siri kek kukus guna blender dengan resepi kek marble nutella mudah ni.Lepas ni memang best la kan nak melorek kek kepada pelbagai bentuk.

Untuk kali ni, sy gunakan serbuk koko van houten sebagai perasa kepada kek marble selain daripada nuteela .Dah la sedap, gebu gebas lagi dan yang bestnya serbuk koko ini, ianya tidak pahit. Jadi anda kena tengok video tutorial kek marble yang kami sediakan di bahagian atas dan bawah ini terlebih dahulu ya.

Kalau sebelum ni , nak buat kek marble banyak la halangan, mixer takde oven takde.Apa kata cuba kek marble nutella kukus yang senang sangat ni tapi besttt.

Untuk resepi kek kukus lain, boleh cuba Resepi Kek Pandan Kukus Gebu Guna Blender Sangat Mudah di sini. Gunakan loyang saiz 8 atau 7 ya untuk adunan ini.

Bahan-bahan untuk resepi kek marble nutella kukus ini:

  • 2 sudu makan serbuk koko van houten
  • 2 cawan tepung naik sendiri atau self raising flour
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan nutella
  • Pewarna pilihan

Kenapa guna self raising flour berbanding tepung gandum ? Kalau anda gunakan tepung gandum, anda perlu tambahkan baking powder dan perlu diayak 2-3 kali supaya kek gebu dan sekata.Leceh. Gunakan tepung naik sendiri yang sudah ditambah baking powder siap-siap dari kilang ya.

Cara-cara membuat kek marble kukus mudah guna blender ini:

Terpulang kepada anda yang ada mixer tangan untuk pukul telur dan gula. Kami hanya mencadangkan altenatif seperti dalam video tutorial yang disertakan. Kalau ada mixer, guna je mixer.Lagi gebu kek anda.

Kalau sebelum ni , nak buat kek marble banyak la halangan, mixer takde oven takde.Apa kata cuba kek marble nutella kukus yang senang sangat ni tapi besttt.

#1: Panasakan pengukus dengan air dna biarkan hingga mendidih. Ketepikan dulu bab kukus air.Masukkan telur , gula dan juga esen vanilla. Blenderkan hingga kembang. Kalau takde blender, pukul tangan pun boleh tapi lama lah masa yang diambil.hee.Tengok seperti dalam video tutorial kami sertakan.

#2: Masukkan minyak dan juga susu tadi. Blenderkan lagi bagi sebati. Selepas itu kacau sedikit dan ayak tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Bahagikan adunan kek marble nutella ini kepada dua adunan. Adunan yang pertama bebas anda nak letak pewarna apa atau tinggalkan kosong ya. Adunan kedua pula tambah 2 sudu makan serbuk koko dan 2 sudu makan nutella. Nak letak banyak pun boleh nutella. Kalau serbuk koko best , semestinya kami cadangkan van houten.Sebab tak pahit.

#3: Bila dah siap bahagikan , mula masukkan satu senduk setiap adunan berselang seli.Untuk dapatkan kek marble yang cantik,setiap adunan guna satu senduk dan lap dengan tisu di bawah untuk elak menitis ke campuran warna lain. Lihat video di bawah ini.

#4: Dah siap semua , tiba masa melorek. Ikut kreativiti anda .Kami buat yang ringkas-ringkas aja. Tips untuk dapatkan lorekan cantik, guna lidi sate dan lap selepas lorek kek marble.Barulah coraknya cantik.

Kalau sebelum ni , nak buat kek marble banyak la halangan, mixer takde oven takde.Apa kata cuba kek marble nutella kukus yang senang sangat ni tapi besttt.

#5: Kukus adunan kek selama 60 minit menggunakan api kecil. Jangan lupa guna loyang saiz 8 yang dialas dengan baking paper serta dioles butter di sekeliling untuk elak melekat.

#6: Bila kek marble nutella dah masak, sejukkan dahulu sebelum memotong. Memang terbaik la rasa kek ni, penuh dengan coklat . Tak sempat potong anak-anak dah mula beratur hulur tangan. Senang sangat cara buat .Siap video kami sertakan.Selamat mencuba tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Tutorial : Kek Marble Nutella Kukus