Resepi Kek Marble Susu Belang-Belang Coklat Yang Best Gebu

15795
Memang sedap resepi kek marble susu coklat yang boleh anda cuba ni. Rasa kek lembut dan gebu dan cara buat yang senang memang sesuai untuk anda cuba nya.

Kami akan berikan resepi kek marble susu belang-belang coklat yang sangat gebu untuk anda cuba sendiri di rumah. Asalnya daripada kek span yang adunan diletak perasa coklat dan dibakar. Sedap.

Kalau anda nak lagi sedap dan terasa lemak kek marble susu ini, boleh la gantikan susu cair kepada susu full cream segar atau susu segar lain.Mesti berbeza rasa kek nya tau.

Penggunaan butter di dalam resepi kek marble susu ini ialah dari jenis unsalt butter yang dicairkan terlebih dahulu. Senang sahaja. Masukkan butter ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Ianya akan cepat mencair. Kalau anda nak jual, boleh sahaja gunakan marjerin buttercup atau marjerin pelangi. Yang mana anda rasa sesuai.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Limas Kuih Tradisi Negeri Perak.Best Tau

Terima kasih kepada Puan Nina Mahdar di atas sumbangan resepi kek marble susu belang-belang yang menarik perhatian. Tengok daripada gambar pun dah tahu kesedepan kek nya.

Memang sedap resepi kek marble susu coklat yang boleh anda cuba ni. Rasa kek lembut dan gebu dan cara buat yang senang memang sesuai untuk anda cuba nya.

Bahan Resepi Kek Marbel Susu Belang Coklat :

  • 5 biji telur gred A
  • 120 gram gula pasir halus
  • 1 sudu makan penuh ovalete
  • 50 gram susu cair atau susu segar
  • 180 gram tepung gandum – di ayak bersama baking powder
  • 1 sudu teh baking powder
  • 50 gram butter cair – seperti diterangkan di atas

Cara Buat Resepi Kek Marble Susu Coklat :

#1: Di dalam mangkuk pengisar, masukkan semua bahan sekali gus kecuali butter yang telah dicairkan tadi. Putar dari kelajuan perlahan hingga laju sehingga adunan menjadi kembang dan warna adunan bertukar menjadi putih berkrim.

Tukar kelajuan dari laju ke sederhana dan masukkan pula bahan terkakhir iaitu butter cair. Sambung putar sekejap sahaja sehingga sebati.

#2: Sediakan 2 bekas yang sama saiz dan kaup balik adunan sekejap sebelum dibahagi sama rata ke dalam dua bekas.

Satu bekas dibiarkan warna asal dan satu bekas lagi dimasukkan paste coklat/emulco coklat atau pewarna coklat. Pilihan terletak pada anda.

Lapik loyang 7 inci dengan baking paper dan sapu dinding loyang dengan butter. Menggunakan dua senduk yang sama saiz, letak ke dalam dua bekas tadi.

Memang sedap resepi kek marble susu coklat yang boleh anda cuba ni. Rasa kek lembut dan gebu dan cara buat yang senang memang sesuai untuk anda cuba nya.

Senduk masuk adunan warna asal ke dalam loyang 7 inci dan disusuli dengan 1 senduk adunan warna coklat. Teruskan masuk berselang seli pada senduk yang sama sehingga adunan habis. jangan lupa panaskan oven sekitar 180’C selama 10 minit.

#3: Dah siap masukkan adunan, hentak sedikit dan letak loyang di tengah-tengah oven. Bergantung pada oven anda, bakar pada suhu 170’C selama 30-35 minit menggunakan api atas bawah.

Sejukkan seketika dan barulah kek marble susu coklat anda sedia untuk dipotong .

Selamat mencuba resepi kek best ni.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom