Resepi Kek Marjerin Marble Bakar Dalam Periuk Biasa Sahaja. Takde Oven Takde Hal

21178
Takde oven tapi teringin nak makan kek bakar? Apakata cuba resepi kek marjerin marble khas untuk anda.Bakar dalam periuk guna api dapur gas je.Bestnya.

Teringin nak makan resepi kek marjerin marble tapi takde oven kat rumah ? Nak makan versi kukus dah banyak kali buat. Jangan risau, untuk hari ni kami berikan resepi kek nya yang bakar dalam periuk biasa je.

Senang kan. Heee. Cuma bila kita menggunakn periuk biasa, api perlulah sederhan untuk elakkan suhu panas yang boleh hangitkan kek. Selain itu lapik juga dasar loyang yang kita guna dengan baking paper untuk elak cepat hangit.

Untuk bantu resepi kek marjerin marble kita naik elok, penggunaan double baking powder diperlukan.Barulah kek tinggi jadi rongga udara banyak terhasil dan kek marjerin jadi sangat lembut.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Menyelerakan.Bertambah Nasi

Untuk kek ni, anda boleh je guna marjerin jenama pilihan apa.Nak murah sedap, guna jenama Pelangi. Kalau teringin nak lagi harum sedap, gantikan marjerin dengan pure butter. Tiada masalah.

Takde oven tapi teringin nak makan kek bakar? Apakata cuba resepi kek marjerin marble khas untuk anda.Bakar dalam periuk guna api dapur gas je.Bestnya.

Terima kasih kepada Puan Sarimah Kadiron atas sumbangan resepi kek marjerin dengan teknik ini untuk kita cuba semua.Semoga murah rezeki.

Bahan Resepi Kek  Marjerin Marble Paling Senang :

  • 6 biji telur ayam size sederhana
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh double action baking powder
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh ovalette
  • Pewarna oren dan perasa coklat jika mahu.

Cara Penyediaan Kek  Marjerin Marble :

#1: Dalam bekas, masukkan marjerin bersama gula dan putarkan dengan mixer sehingga kembang.Warnanya bertukar pucat.Masukkan telur serta esen vanilla, ovalette dan susu pekat. Teruskan putar sekejap sehingga sebati.

#2: Ayak tepung gandum bersama baking powder double action.Kalau nak guna self raising flour pun tiada masalah.Masukkan tepung dalam 2-3 kali masuk dan kaup balik.

Takde oven tapi teringin nak makan kek bakar? Apakata cuba resepi kek marjerin marble khas untuk anda.Bakar dalam periuk guna api dapur gas je.Bestnya.

Bahagikan adunan kek marjerin kepada dua bahagian. Satu masukkan pewarna oren atau biarkan ikut pilihan anda.Satu lagi masukkan serbuk koko yang telah siap diayak.

#3: Oles loyang saiz 9 inci dengan marjerin pada bahagian dasar dan dinding loyang. Oleh kerana kita guna direct api gas, lapik dasar loyang dengan baking paper.Barulah masukkan adunan kedua-dua tadi berselang seli untuk timbulkan corak.

Panaskan periuk, letak loyang dan bakar dengan  api sederhana kecil selama 60 minit atau sehingga masak.

Bila dah masak sejukkan dan barulah dikeluarkan kek marjerin marble nI.Senang kan. Siapa yang takde oven boleh la cuba cara ni.

Tiada halangan dalam buat kek walaupun tiada oven kan. Selamat mencuba </>