Resepi Kek Masam Manis Kukus Best Tapi Sangat Senang Dibuat

20234
Resepi kek masam manis ni antara kek dalam kategori yang senang di buat. Kira walaupun anda pertama kali buat, Insyaallah anda berpuas hati dengan hasil kek

Resepi kek masam manis ni antara kek dalam kategori yang senang dibuat. Kira walaupun anda pertama kali buat, Insyaallah anda berpuas hati dengan hasil kek yang diperolehi.

Bahan utama kek ini mestilah asam haw flakes. Dekat mana nak dapat ? Anda boleh cari di Shopee atau pun pasaraya. Mudah didapati.

Salah satu tips resepi kek masam manis kukus ini ialah pastikan anda tutup penutup pengukus dengan kain tuala bersih. Balut je senang.Tujuannya untuk elakkan daripada wap air menitik jatuh ke permukaan kek yang boleh sebabkan kek menjadi tidak masak malah lembik.

Resepi kek masam manis ni antara kek dalam kategori yang senang di buat. Kira walaupun anda pertama kali buat, Insyaallah anda berpuas hati dengan hasil kek

BACA DI LINK BARU : Resepi Bahulu Comel Saiz Best Rangup Untuk Anda Cuba.Sedap

Kalau nak sedap lagi rasa kek, gunakan pure butter. Buttercup bukan butter tapi marjerin tau. Jenama pure butter unsalt ialah Lurpax, Anchor dan sebagainya. Pilih sahaja antara satu jenis ini. Tapi kalau nak gunakan marjerin pun tiada masalah.

Terima kasih kepada Puan Suhana Mohd Khalid di atas sumbangan resepi kek masam manis ni. Memang mudah untuk disediakan.

Bahan Resepi Kek Masam Manis Kukus :

  • 250 gram butter/majerin
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 7 biji telur ayam gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • asam haw flakes secukupnya
  • pewarna hijau & kuning

Resepi kek masam manis ni antara kek dalam kategori yang senang di buat. Kira walaupun anda pertama kali buat, Insyaallah anda berpuas hati dengan hasil kek

Cara Buat Resepi Kek Masam Manis Sukatan Cawan :

#1: Campurkan baking powder dan baking soda ke dalam tepung gandum. Ayak 2-3 kali untuk pastikan bahan sebati dan ketepikan seketika. Sementara itu anda boleh masukkan air dalam pengukus dan didihkan air.

Dalam satu bekas, pukul butter/marjerin bersama dengan gula hingga kembang sebati. Warnannya bertukar menjadi putih pucat. Masukkan telur satu persatu dan letak esen vanilla. Pukul sebati lagi. Boleh guna hand mixer.

Barulah tambah bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil kacau cukup sekadar sebati. Bahagikan adunan kepada 2-3 bahagian mengikut pilihan anda. Letak pewarna/perasa ikut pilihan.

#2: Alas loyang 9 inci dengan baking paper dan sapu minyak sedikit di dinding loyang.

Ceduk masuk adunan 1 dengan senduk bulat dalam anggaran 2 senduk dan letak asam haw. Kukus lapisan pertama sekitar 10-15 minit bergantung pada ketebalan lapisan.

Baru tambah lapisan kedua dengana adunan 2 dan letak lagi asam haw dan kukus pada temph masa yang sama.

Ulang sehingga ke lapisan terkahir dan untuk lapisan atas, susun asam haw flakes mengikut kreativiti anda dan kukus 35-40 minit dengan api sederhana.

#3: Biarkan kek masam manis anda sejuk dahulu barulah dikeluarkan dan dipotong. Dah siap

Sangat mudah kan penyediaan kek masam manis ini.

Resepi kek masam manis ni antara kek dalam kategori yang senang di buat. Kira walaupun anda pertama kali buat, Insyaallah anda berpuas hati dengan hasil kek

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom