Resepi Kek Mentega Lembut Gebu

99924
Siapa nak resepi kek mentega ni ? Memang puas hati betol bila makan. Betul-betul gebu dan rapuh di dalam mulut . mesti cuba. Klik sini untuk resepinya.
Siapa nak resepi kek mentega ni ? Memang puas hati betol bila makan. Betul-betul gebu dan rapuh di dalam mulut . mesti cuba. Klik sini untuk resepinya.

Jom tengok resepi dari dapur yang baru , Resepi Kek Mentega Lembut Gebu

Memang best kan , tengok gambar pun dah tahu yang rasa kek mentega ni sangat gebu . Apa kata kita lihat cara penyediaan kek mentega gebu ni. Istimewa untuk anda , kami berikan step by step video cara buat kek mentega kukus .

Sini RESEPI KEK MENTEGA KUKUS UNTUK VIDEO DI ATAS

Bahan – Bahan  Resepi Kek Mentega Lembut Gebu

Bahan A
250 gram mentega
170 gram gula kastor
210 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Bahan B
5 biji telur Gred B
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara – Cara Penyediaan Kek Mentega

Pertama , sediakan sebuah bekas, dan menggunakan hand mixer pada kelajuan paling perlahan, kacau sebati semua  Bahan A . Selepas itu masukkan telur satu demi satu dan akhir sekali , masukkan esen vanila .Selepas itu kacau lagi 3 minit selepas telur terakhir dimasukkan.

Kedua , panaskan terlebih dahulu oven selama 15 minit pada suhu 160’C ( mengikut jenis oven anda ) . Ambil loyang, sapukan mentega atau untuk mudah, gunakan baking paper. Tuang adunan ke dalam bekas loyang tadi.

Tips – Loyang bersaiz 8 dan 9 inci adalah yang paling sesuai 

Ketiga , masukkan adunan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160’C selama 55-60 minit atau sehingga keperangan . Itu tanda kek mentega anda telah pun masak.

Tips – Cucuk kek dengan lidi di tengah-tengah kek. Jika tiada kek melekat di lidi, itu tanda kek mentega telah masak.

Memang sangat gebu kek mentega ni dan apabila dimakan, pasti mahu septong lagi, Mesti cuba.

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Pavlova Strawberi
Resepi Apam Pisang Kukus
Resepi Kek Keju Blueberry
Resepi Kek Coklat Berkeju
Resepi Kek Marble Oren

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel