Resepi Kek Mentega Sukatan Cawan Yang Confirm Menjadi

25148
Teringin nak buat resepi kek mentega yang confirm jadi pada kali pertama, anda boleh cuba respei kek yang mudah ni.Bukan sahaja sesuai dihidang pada hari raya, kek mentega ni juga sesuai untuk minum petang.Oh ya kami resepi resepi kek menteg dalam sukatan cawan ya

Sebut sahaja kek mentega,ianya adalah salah satu jenis kek yang mudah disediakan tapi menjadi kegemaran ramai. Sesuai dihidangkan ketika hari raya dan juga sewaktu minum petang.Kek ni memang best sangat dicicah dengan tea o juga kopi o.

Mak ayah kami lebih suka kek mentega kosong seperti ini daripada kek yang ada krim atau kek coklat.Rasa kek yang ditambah dengan perasa kesukaan seperti vanila atau pandan serta lembut dan tekstur kek ringan semestinya sesuai.

Antara tips untuk dapatkan kek mentega yang sedap dan cantik :

1- Ketika telur dimasukkan, jangan pukul sehingga kembang berbuih.Cukup sekadar kek sebati sahaja.Ini untuk elakkan kek menjadi mendap ketika proses pembakaran.

2– Alas loyang dengan mentega dan baking paper untuk mudahkan keluarkan kek selepas siap.Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong untuk elakkan kek hancur.

3– Guna ovalette.FUngsi ovalette adalah untuk bagi kek naik tapi tidak turun dna bantu kekalkan tekstur telur dalam kek.Boleh dapatkan di pasaraya atau nak mudah, cari sahaja di kedai bakeri.

4– Gunakan cawan metrik standard untuk lebih tepat berbanding cawan di rumah untuk sukat adunan berasakan sukatan cawan.

Resepi kek mentega hari ini adalah sumbangan Puan Sarina Mohamad yang digunakan untuk dijual sendiri.Terima kasih puan atas sumbangan resepi.

Ini adalah untuk dibakar.Jika anda nak kek mentega kukus, oleh baca di link di bawah ini.

BACA DI LINK BARU : Step By Step Resepi Kek Mentega Kukus Yang Awesome Gebu

Untuk corak atas kek mentega bakar , anda boleh guna kreativiti sama ada mahu jadikan kek marble , pelangi atau sebagainya. Sama juga untuk perasa dan pewarna.Pilih sahaja apa yang dimahukan dan masukkan dalam adunan kek.

Bahan-bahan untuk kek mentega sukatan cawan : 

  • 1 cawan mentega/marjerin
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur ayam Gred
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu makan ovalette
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 2 cawan tepung kek naik sendiri
  • Pewarna/ perasa ikut suka

Jika anda gunakan tepung gandum, tambahkan 1 sudu teh baking powder dan ayak sekurang-kurangnya 2 kali untuk pastikan kek naik sekata.

Teringin nak buat resepi kek mentega yang confirm jadi pada kali pertama, anda boleh cuba respei kek yang mudah ni.Bukan sahaja sesuai dihidang pada hari raya, kek mentega ni juga sesuai untuk minum petang.Oh ya kami resepi resepi kek menteg dalam sukatan cawan ya

Cara Penyediaan Kek Mentega Mudah : 

#1: Gula dan mentega dikacau dengan mesin mixer atau hand mixer sehingga halus.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul dengan tangan sahaja supaya sebati.Jangan terlalu kembang .Tambah masuk esen vanilla,ovalette dan juga susu pekat.Pukul sekejap.

#2: Masukkan tepung dalam 3 kali masuk dan kacau sebati setiap step. Bahagikan adunan kek kepada beberapa bahagian yang anda mahu contohnya 3 bahagian dna masukkan pewarna serta perasa mengikut selera anda.

#3: Guna loyang bulat 8 inci.Gris dan lapik dengan baking paper.Panaskan oven sekitar 10 minit.Masukkan adunan sama ada secara selang seli atau sebelah menyebelah.Untuk hiasan atas boleh lorekkan corak marble.

#4: Bakar kek mentega pada suhu 140-150’C sekitar 60 minit guna api atas bawah ikut kesesuaian oven anda sendiri.

Teringin nak buat resepi kek mentega yang confirm jadi pada kali pertama, anda boleh cuba respei kek yang mudah ni.Bukan sahaja sesuai dihidang pada hari raya, kek mentega ni juga sesuai untuk minum petang.Oh ya kami resepi resepi kek menteg dalam sukatan cawan ya

Terbalikkan kek selepas siap dan sejukkan baru keluarkan kek mentega dan dipotong. Selamat mencuba tau resepi kek mudah ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom