Selain daripada kek milo viral 3 minit yang dibakar dalam microwave,ada lagi satu resepi kek kukus berasaskan milo.Kek kukus ini walaupun mengambil sedikit masa tapi jauh lagi sedap daripada versi 3 minit tu kalu ikut tekak kami.
Oleh kerana dalam kandungan milo itu sendiri sudah mempunyai gula,maka seeloknya dalam resepi kek milo,guna setengah cawan gula sahaja untuk elakkn terlebih manis.
Untuk resepi kek kali ini,jika anda tidak mempunyai oven pun boleh buat sebab ini ialah kek milo kukus.Senang dan mudah .Tips untuk elakkan kek kukus melekat ialah griskan dindinv loyang dengan sedikit minyak dan alas lapik bawah dengan baking paper sebelum dikukus.
Kek milo sukatan cawan ini guna cawan metrik.Kenapa ?
Supaya sukatan yang digunakan tepat dan anda dapat hasil kek yang sedap dan berpuas hati dengannya.
Bahan-bahan resepi kek milo kukus :
Bahan A :
- 1 cawan milo
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan air panas
#1: Kacau milo dalam air panas sehingga milo sebati.Barulah masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan panaskan beserta kacau atas api.Tak perlu mendidih tapi biar sebati sahaja.Sejukkan.
Bahan B :
- 3 biji telur gred A / 4 biji telur gred B
#1: Pukul telur sehingga kembang berbuih.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Marble Nutella Kukus Guna Blender Semua Orang Boleh Buat
Bahan C :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
#1: Ayak semua bahan 2-3 kali supay sebati.Kalau anda nak gantikan dengan tepung naik sendiri atau self raising flour pun boleh.Tetap guna dua cawan juga untuk kek milo kukus ni.

Cara-cara penyediaan kek milo :
#1: Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A dalam 2 atau 3 peringkat dan kacau sebati.
#2: Tapis atau boleh terus masuk ke dalam loyang 8 inci yang telah digris dan dialas tadi
#3: Kukus selama 45-50 minit menggunakan api sederhana kecil.Sejukkan kek milo sebelum dipotong.
Tak menggunakan banyak bahan,mudah disediakan.Memang anda kena cuba jika peminat milo.Selamat mencuba salah satu resepi kek kukus ni.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom