Resepi Kek Minyak Red Velvet Gebu Menambat Hati Pembuatnya

32922
Wah sukanya resepi kek minyak red velvet gebu ni.Lembut sangat dan sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang. Terasa red velvetnya dan paste koko .Best

Kami ingin berikan anda resepi kek minyak red velvet gebu yang boleh anda cuba sendiri di rumah.Kek minyak ini tak terasa kering sebab antara bahannya adalah minyak jagung dan juga cream cheese. Jadi tekstur keknya adalah gebu dan lembut serta terasa sedikit lembab.

Untuk pastikan anda berpuas hati dengan hasil resepi kek minyak red velvet ni, kami ada beberapa tips untuk anda cuba aplikasikan.

1: Telur yang dipukul perlulah dipukul dengan hand mixer atau mixer sehingga betul-betul kembang dan gebu. Ini untuk pastikan kek naik dan membentuk rongga udara untuk jadikan kek gebu.

2: Untuk mudah keluarkan kek, sapu loyang yang anda gunakan dengan mentega atau marjerin .Sapu pada bahagian tepi dan dasar loyang.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cili Jeruk Rangup Tahan Lama.Best Letak Dalam Mee Goreng

3: Gunakan cawan penyukat metrik standard 250ml untuk mudahkan anda membuat sukatan.Boleh beli di kedai bakeri.Alaaa tak mahal pun dalam 1-2 ringgit je.

Kami ucapakan terima kasih kepada Puan Alin Danial di atas perkongsian resepi kek minyak red velvet ini.Moga murah rezeki anda sekeluarga.

Wah sukanya resepi kek minyak red velvet gebu ni.Lembut sangat dan sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang. Terasa red velvetnya dan paste koko .Best

Bahan Resepi Kek Minyak Red Velvet Gebu :

  • 2 cawan tepung self raising flour
  • 5 biji telur ayam grade A
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu makan ovalette
  • 100 gram cream cheese
  • 3/4 cawan susu pekatmanis
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 sudu teh garam garam
  • 1 sudu makan vanilla paste/esen
  • 1 sudu makan red velvet emulco
  • 3 sudu makan serbuk koko, 1/2 sudu teh serbuk kopi segera + 6 sudu makan air panas (jadikan paste)

Cara Penyediaan Resepi Kek Minyak Red Velvet :

#1: Dalam bekas, satukan telur bersama gula, garam dan kacau dengan mixer/hand mixer sehingga adunan ini betul-betul kembang dan gebu.Biasanya memakan masa antara 15-20 minit. Baru tambahkan ovalette dan kacau lagi hingga berkrim. Masukkan susu pekat manis, vanila paste atau esen dan kacau lagi 5 minit.Tambahkan minyak jagung dan kacau sebati dengan senduk kayu atau spatula sahaja.

#2: Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kaup balik sebati. Kalau nak guna tepung gandum pun boleh cuma anda tambahkan baking powder je sekitar 1 sudu teh ya. Selepas dah sebati bahagikan kepada 3 bahagian.

1 bahagian tidak dimasukkan pewarna
1 bahagian dimasukkan paste koko
1 bahagian dimasukkan red velvet emulco

Sapu dinding dan dasar loyang saiz 8-10 dengan marjerin/mentega untuk mudah dikeluarkan. Masukkan bahagian aduna secara berselang seli guna saiz sudu yang sama dan setiap bahagian satu sudu untuk elak warna bercampur.

Wah sukanya resepi kek minyak red velvet gebu ni.Lembut sangat dan sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang. Terasa red velvetnya dan paste koko .Best

#3: Untuk corak terpulang pada keativiti anda.Boleh lorek menggunakan lidi sate.Sebelum nak campur semua bahagian tadi, panaskan oven 10 minit dengan suhu 160’C ikut oven anda.

Barulah masukkan loyang yang siap dilorek tadi dan bakar pada suhu 160’C selama 45 minit menggunakan api atas dan bawah ya.

Keluarkan kek bila dah masak dan tunggu sejuk barulah dikeluarkan dan dipotong.Selamat mencuba resepi kek minyak red velvet ni.Memang best.