Resepi Kek Minyak Susu Gebu Gebas Tapi Paling Mudah Dibuat

18256
Kami berikan resepi kek minyak susu gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan.Beserta tips untuk membantu anda dalam buat kek minyak ini.Best kan

Anda mencari resepi kek minyak susu yang sedap,lembut serta gebu ? Harini kami akan berikan beserta tips untuk anda cuba sendiri di rumah ya. Memang berbaloi.

Sedikit tips untuk hasilkan resepi kek minyak susu yang anda akan puas hati :

Gunakan minyak jagung untuk buat kek lebih wangi.Minyak masak biasa pun boleh guna tapi kek jadi kurang wangi.

Bakar ikut suhu oven anda masing-masing. 170’C pada setiap oven masing-masing tak semestinya sama. Fahamkan dulu oven anda baru senang nak buat resepi kek minyak susu ni.

Baca sedikit mengenai ovalette dan fungsi di dalam kek seperti di bawah ini.

Jom tambah pengetahuan mengenai  ovalette.Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam.

Kami berikan resepi kek minyak susu gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan.Beserta tips untuk membantu anda dalam buat kek minyak ini.Best kan

Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Menyelerakan.Bertambah Nasi

Terima kasih kepada Puan Nur Amirah atas resepi kek minyak susu yang diberikan .Semoga dimurahkan rezeki.

Bahan Resepi Kek Minyak Susu Gebu Gebas :

  • 5 biji telur ayam gred B
  • 1/2 cawan gula putih
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Perasa/pewarna ikut pilihan hati

Cara Penyediaan Kek Minyak Susu Mudah :

#1: Ayak dahulu tepung gandum bersama baking powder supaya sebati.Ketepikan .Anda boleh juga ganti dengan tepung naik sendiri. Tak perlu ayak dan tambahkan baking powder.Ikut pilihan ya.

Kami berikan resepi kek minyak susu gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan.Beserta tips untuk membantu anda dalam buat kek minyak ini.Best kan

Dalam bekas, pukul telur bersama gula.Boleh guna mixer tangan atau mesin dan pukul hingga gebu. Cara untuk pastikan ianya telah gebu adalah warna adunan bertukar menjadi putih pucat.

#2: Masukkan ovalette,susu pekat dan juga esen vanilla.Mixerkan sekejap sebelum tambahkan minyak jagung.Kacau dengan sudip sahaja. Nak guna minyak biasa pun boleh tapi kurang wangi.

#3: Masukkan tepung ke dalam adunan kek minyak susu dalam 2-3 kali masuk untuk mudah sebati.Jangan kacau tapi kaup balik sahaja ya.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian anda mahu.

Kalau guna perasa atau emulco, guna 1 sudu teh sahaja manakala pewarna, cukup 1-3 titik sahaja.

#4: Alas loyang 9 inci dengan baking paper dan gris dinding loyang dengan marjerin untuk elakkan kek minyak susu melekat.Panaskan oven dan bakar guna api atas bawah pada suhu 165-170’C selama 60 minit.Kalau nak kukus pun satu jam juga.

Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas redai sekitar 10 minit. Bila kek dah sejuk baru keluarkan dari loyang.

Senang dan lengkap kan.Selamat mencuba.