Resepi Kek Nestum Almond Yang Berbaloi Untuk Penggemar Kek

31945
Best la resepi kek nestum almond ni bila dibakar.Tambah pula kepingan badam,ceri dan coklat chip di atas permukaan kek, bangkitkan selera betul.Best

Untuk penggemar kek, kami nak berikan satu lagi resepi kek iaitu resepi kek nestum almond yang sangat best dan lembut untuk anda cuba sendiri.

Seperti biasa, untuk pastikan anda berpuas hati dengan hasil resepi kek nestum almond ni, boleh tengok tips yang kami berikan .

1: Kek nestum ni hanya untuk dibakar. Boleh guna loyang 4 segi ataupun bulat saiz 8×6 bergantung pada jenis loyang yang ada. Sapu sedikit mentega/marjerin pada dinding dan dasar loyang untuk mudahkan kek dikeluarkan bila masak nanti.

2: Kalau malas nak ayak tepung gandum bersama serbuk penaik, anda boleh guna tepung naik sendiri bagi mudahkan kerja ya. Tapi untuk resepi ni, kami beri sukatan tepung gandum ya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Daging Air Asam Utara Mai Sedap Sungguh Rugi Tak Cuba

3: Pastikan anda guna cawan penyukat standard 250ml untuk menyukat sesuatu bahan jika resepi diberikan dalam kuantiti cawan. Untuk resepi kek nestum almond ni, kami berikan dalam bentuk gram untuk anda dapat sukatan yang betul-betul tepat.

Terima kasih kepada Puan Dhia Aqilah di atas resepi kek nestum ni.Memang best untuk dicuba untuk sebarang majlis atau kalau terasa nak makan kek. Semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki.

Best la resepi kek nestum almond ni bila dibakar.Tambah pula kepingan badam,ceri dan coklat chip di atas permukaan kek, bangkitkan selera betul.Best

Bahan Resepi Kek Nestum Almond Ceri :

  • 250 gram buttercup atau unsalt butter
  • 140 gram gula kastor
  • 1 sudu makan madu
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 220 gram tepung gandum *
  • 1/2 sudu makan baking powder *
  • 50 gram nestum cereal *
  • 150 ml susu segar

Bahan yang bertanda (*) digaulkan sekali

Bahan Hiasan :
Kepingan almond,ceri,chocolate chip ikut kuantiti yang anda mahukan. Dipotong ikut saiz kesukaan.

Cara Penyediaan Kek Nestum Almond :

#1: Gaul kering bahan yan bertanda * dan ketepikan. Dalam bekas masukkan buttercup atau unsalt butter,gula dan madu.Pukul dengan hand mixer hingga kembang dan warnanya bertukar menjadi putih pucat. Masukkan telur dan pukul sebati.

Masukkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit da juga susu segar berselang seli sambil kaup balik adunan kek hingga sebati.

#2: Panaskan oven 180’C selama 10 minit. Sambil tu gris loyang pilihan dengan mentega.Kalau nak lapik dengan baking paper pun boleh. tuang adunan kek dan hiaska permukaan kek dengan kepingan badan,ceri,choclate chip.

Best la resepi kek nestum almond ni bila dibakar.Tambah pula kepingan badam,ceri dan coklat chip di atas permukaan kek, bangkitkan selera betul.Best

Bakar selama 45 minit pada suhu 175-180’C ( ikut oven anda masing-masing ) guna api atas bawah.

Bila dah masak kek, cuba cucuk lidi sate dan pastikan tiada tepung melekat yang menandakan kek anda telah masak. Sejukkan kek nestum sebelum dikeluarkan dan dipotong. elamat mencuba.