Resepi Kek Ogura Pandan Yang Super Duper Lembut.Best Sangat

17764
Wah best sungguh resepi kek ogura pandan ni. Sangat-sangat lembut dan moist rasa kek ni.Boleh la anda cuba dan tambah dalam koleksi menu kek. Sangat sedap

Hari ini kami mahu kongsikan resepi kek ogura pandan. Anda pernah dengar ? Macam nama Jepun kan.Kek ini bentuk rupa sama macam kek span tapi cara buat umpama kek chiffon dan kaedar bakar seperti kek cheesecake. Menarik tak ?Kek ogura ni popular di Indonesia tau.

Hasil daripada resepi kek ogura ni sangat lembut, gebu dan moist. Boleh juga didekorasi menggunakan apa juga krim dan frosting. Tapi lebih sedap kalau makan camtu je.

Terima kasih kepada Puan Aini Syeema yang sudi berkongsi resepi kek ogura ini pada kita semua. Boleh la buat sebab resepi dan cara terperinci diberikan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Lepat Jagung Awesome Dengan Guna Kulit Jagung. Beraroma!

Sukatan untuk resepi ini sesuai untuk loyang 10 inci. Kalau anda nak buat sikit sahaja, bahagi dua sukatan bahan ya.

Bahan Resepi Kek Ogura Pandan :

Bahan A :

  • 7 biji telur Kuning sahaja
  • 2 biji telur ayam ( kuning+putih)
  • 60 gram minyak jagung/masak
  • 3 helai daun pandan dikisar dengan 50ml air,tapis ambil airnya
  • 120 gram santan sederhana pekat/susu segar
  • 130 gram tepung kek naik sendiri

Bahan B : 

  • 7 biji putih telur sahaja
  • 130 gram gula kastor
  • 1 sudu teh krim tartar

Wah best sungguh resepi kek ogura pandan ni. Sangat-sangat lembut dan moist rasa kek ni.Boleh la anda cuba dan tambah dalam koleksi menu kek. Sangat sedap

Cara Buat Resepi Kek Ogura Pandan Harum :

Ayak dulu tepung kek 1-2 kali untuk dapatkan tepung yang halus teksturnya.

#1: Pukul telur kuning + telur penuh hingga berbuih dengan whisk tangan.Masukkan minyak. Kacau sebati.Tambah air daun pandan, santan. Tambah masuk tepung kek sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Dah siap, tapis sekali lagi adunan.Ketepikan. Siap Bahagian A.

#2: Masukkan telur putih ke dalam mixer. Jangan lak guna tangan nanti lenguh nak jadinya.Sambil pusing laju tu, masukkan gula dan cream of tartar. Perhatikan mixer dan bila ianya dah mula terbentuk bertanduk, mayikan mixer.

Masukkan meringue ini ke dalam Bahan A secara sedikit demi sedikit. Kaup balik sahaja jangan kacau ea. Dah siap terus masukkan adunan ke dalam loyang 10 inci yang sudah dioles dengan marjerin dan dilapik baking paper pada dasar dan dinding loyang.

Tinggalkan sedikit adunan dan masukkan pewarna. Ini untuk corak bahagian atas ea. Masukkan secara bertompok dan guna lidi, lorek ikut kreativiti anda.

#3:Bakar pada suhu 150c secara water bath / bain marie. Iaitu air panas dibawah loyang.Guna loyang lain atau dulang tinggi. Kalau bawah loyang jenis bersambung, kena balut dengan aluminium foil untuk elakkan air masuk. Bakar selama 1 jam.

Wah best sungguh resepi kek ogura pandan ni. Sangat-sangat lembut dan moist rasa kek ni.Boleh la anda cuba dan tambah dalam koleksi menu kek. Sangat sedap

Bila kek dah betul masak, permukaan atas sudah kering, cucuk lidi bersih, boleh keluarkan. Dan terbalikkan serta merta ke atas jaring untuk elakkan kek mendap. Bila kek dah suam, baru terbalik semula pada kedudukan asal.buat secara perlahan.

Dah siap dah resepi kek ogura pandan yang super duper lembut ini. Sangat best untuk anda cuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom