Resepi Kek Ombak Beralun Kukus

1332
Resepi Kek Ombak Beralun Kukus memang menggoda mata yang melihat. Dihias dengan topping seringkas whipping cream pun kecur air liur .Kek Ombak Beralun Kukus
Resepi Kek Ombak Beralun Kukus memang menggoda mata yang melihat. Dihias dengan topping seringkas whipping cream pun kecur air liur .Kek Ombak Beralun Kukus

Bahan-Bahan Resepi Kek Ombak Beralun Kukus

Gunakan loyang 8 inci
2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 cawan nestum kisar
1 sk baking powder (diayak bersama tepung)
6 biji telur gred A (sejuk)
170-180 g gula halus
3/4 cawan mentega cair ( cairkan atas api kecil )
170 ml susu cair
1 sb ovallete
1/2 sk garam
2 sk esen vanilla
2 sudu besar serikaya
pewarna ungu, hijau, pink dan coklat (atau ikut warna pilihan)
Secukup serbuk koko

Cara-Cara Mengadun Resepi Kek Ombak Beralun Kukus

1.Panaskan kukusan. Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.

2.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.

3.Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.

4.Bahagikan adunan kpd 5 bahagian. Lebihkan adunan ke 5. Warnakan ungu, hijau, pink dan coklat. Manakala adunan yang ke 5 dibiarkan kosong dan dibahagi menjadi dua adunan.

5.Ratakan adunan kosong di dalam loyang. Ayak serbuk koko di atasnya sehingga menutupi ruang.

6.Tindihkan adunan berwarna pink di atas koko tadi. Ratakan dengan kemas dan jangan sampai jadi comot. Gunakan sudu untuk membuat tompokan dan kemudian diratakan.

7.Ayakkan pula serbuk koko di atasnya. Ulangi proses hingga habis serta diakhiri dengan lapisan kosong(tidak perlu ditaburkan koko).

8.Tutup loyang kemas-kemas dengan kertas foil. Kukuslah Kek Ombak Beralun Kukus selama 50 minit.

Setelah masak, sejukkan Kek Ombak Beralun Kukus terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan topping seperti aising atau whipping cream.