Resepi Kek Ombre Kukus Pink Cantik Tapi Gebu. Best

33503
Cantik je kan resepi kek ombre kukus ni. Nak guna warna apa, perisa apa, berapa lapisan , anda boleh ubagh ikut kreativiti. Lembut kek dikukus sempurna ini.

Hari ini kami mahu berikan resepi kek ombre kukus yang cantik. Guna warna pink kali ini. Ombre maksudnya pengurangan tahap warna. Contoh lapisan atas kita bermula dengan warna terang,kemudian disusuli dengan sedikit terang dan seterusnya.

Untuk kek ombre ini,terpulang kepada anda untuk buat berapa lapisan. Sama ada rajin ataupun tidak je . Hee.Sedikit tips untuk cantikkan hasil kek kukus ombre ini :

1- Jangan gunakan terlalu banyak pewarna. Nanti selepas kukus, ianya terlalu terang. Cukup sekadar 2-3 titik sahaja.

2- Untuk elakkan kek yang dikukus  berombak, atau mempunyai lapisan tidak sekata, hanya kukus dengan api serderhana kecil. Sebab itu masa mengukus bagi setiap lapisan sedikit lama. Ini untuk elakkan daripada kek anda menjadi tidak cantik.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pisang Goreng Rangup Sambal Kicap Best Untuk Anda Cuba

Terima kasih kepada Puan Isma Maisarah di atas sumbangan resepi kek ombre kukus ini. Cantik,gebu dan juga sedap.

Cantik je kan resepi kek ombre kukus ni. Nak guna warna apa, perisa apa, berapa lapisan , anda boleh ubagh ikut kreativiti. Lembut kek dikukus sempurna ini.

Bahan Resepi Kek Kukus Ombre :

  • 4 biji telur
  • 200 gram gula halus
  • 1 sudu teh ovellete
  • 200 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 100 ml santan
  • 100ml minyak masak/butter yg telah dicairkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Perisa dan pewarna pilihan anda

Cara Buat Resepi Kek Kukus Ombre :

#1: Ayak tepung bersama baking powder. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih.Masukkan tepung gandum, mix sebati. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian di biarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan letak perisa yg disukai.Gris loyang saiz 7.Kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15minit.Tuangkan adunan lapisan yang kedua.Kukus selama 10-15minit dan akhir sekali tuang adunan yang ketiga serta sambung kukus selama 20-25minit.

Pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api sederhana sehingga air mendidih.

Sejukkan kek dan potong. Memangs sedap dan cantik kek kukus ombre ini. Boleh la anda cubanya.

Cantik je kan resepi kek ombre kukus ni. Nak guna warna apa, perisa apa, berapa lapisan , anda boleh ubagh ikut kreativiti. Lembut kek dikukus sempurna ini.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom