Resepi Kek Oren Kukus Gebu Dengan Blender Yang Best

5654

Nampaknya ramai yang suka siri video  kek blenderkan. Kali ni saya nak berikan kepada anda resepi kek oren kukus.Bila dah hujung tahun seperti ini, ada anak-anak yang minta dibuat kek untuk dibawa ke jamuan kelas kan.Jadi kek kukus seperti kek kukus pandan , kek kukus ini sangat sesuai sebab selain rasa kek yang gebu, masa penyediaan juga cepat.

Kenapa saya berikan kek guna kaedah ni ?

Sebab saya sering mendapat permintaan daripada mereka yang ingin mencuba hasilkan kek sendiri tak kira kek pandan , kek span atau kek cheese leleh tapi tidak mempunyai kelengkapan atau alatan yang mencukupi. Jadi sebagai alternatif , saya berikan video tutorial dalam cara yang paling mudah. Jadi anda boleh cuba di rumah. Tetap gebu dan lembut tau.

Untuk kek oren kukus yang gebu ni, saya tukarkan gandum / soda bikarbonat kepada self raising flour. Ini memudahkan lagi kerja anda.Tak perlu ayak 2-3 kali . Boleh dapatkan di pasaraya atau kedai bakery.Senang ja cari ni.

Untuk video tutorial  kek oren kukus gebu ni, boleh tengok video yang saya sediakan pada bahagian atas dan bawah supaya anda lebih faham.

Terasa je nak makan kek oren kukus, masukkan je semua bahan dalam blender. Memang sangat-sangat membantu untuk ibu yang kekurangan alat kan.

Aduanan kek oren kukus ni  memang besar. Guna loyang saiz 8 ya . Jadi satu adunan dah cukup untuk kenyangkan rakan-rakan anak dalam kelas. Kalau nak buat lebih pun tiada masalah.Jom kita tengok resepi yang saya sediakan.

Bahan-bahan kek kukus oren ni :

  • 3 biji telur ayam gred A *
  • 1/2 cawan gula halus *
  • 1/2 cawan sunquick perasa oren *
  • 1/2 cawan susu pekat *
  • 1 sudu makan ovalette *
  • 1 sudu teh esen vanilla *
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 5 titik pewarna kuning telur
  • 2  cawan self raising flour

Kalau anda tiada self rasing flour , boleh gantikan dengan 1 cawan tepung gandum serta 1 sudu teh soda bikarbonat. Ayak adunan 2-3 kali supaya sebati. Ini tips penting tau.

Semua bahan-bahan dah ada , jom tengok cara penyediaan kek oren kukus yang senang dan gebu ni. Jangan lupa tengok video tutorial supaya anda mudah faham.

Terasa je nak makan kek oren kukus, masukkan je semua bahan dalam blender. Memang sangat-sangat membantu untuk ibu yang kekurangan alat kan.

#1 : Masukkan  air ke dalam pengukus dan didihkan.Biarkan.Masukkan semua bahan  bertanda ke dalam blender seperti dalam video. Blend sehingga adunan kembang sekitar 3-5 minit dan warnanya menjadi pudar. Kisar secara henti-henti untuk elakkan motor pengisar cepat rosak.

#2: Adunan kek yang telah dikisar masukkan ke dalam mangkuk seperti dalam video.Ayak tepung self raising flour atau tepung naik sendiri ini. Kacau sehingga sebati. Tambahkan pewarna jika mahu dan minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati.

#3: Sapukan loyang/bekas bersaiz 8 dengan  butter pada tepi loyang.Dalam video saya gunakan bekas bercorak.Jadi saya hanya sapukan butter.Jika guna loyang, permukaan bawah akan saya alas dengan baking paper.

Terasa je nak makan kek oren kukus, masukkan je semua bahan dalam blender. Memang sangat-sangat membantu untuk ibu yang kekurangan alat kan.

#4: Kukus sekitar 60 minit untuk saiz loyang ini. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan . Terpulang pada anda jika nak jadikan kek ini kek cheese leleh atau nak letak topping pilihan. Untuk kek cheese leleh, rujuk Resepi Kek Cheese Leleh Gebu Hanya Guna Blender di sini.

Dah siap dah kek oren kukus ni ni.Memang lembut dan rasanya yang gebu walau guna cara mudah .Selamat mencuba tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

VIDEO TUTORIAL : RESEPI KEK OREN KUKUS