Resepi Kek Oren Sukatan Cawan Kukus Dan Bakar Istimewa

30939
Bestnya resepi kek oren ni sebab boleh kukus dan dibakar.Memang sedap sebab moist.Kami beri tips untuk anda hasilkan kek oren yang menepati selera

Resepi kek oren kali yang akan kami berikan dalam artikel resepi ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus dan juga bakar.Jadi anda boleh pilih mengikut selera.

Perisa utamanya adalah daripada  pati minuman Sunquick dan juga parutan kulit limau Sunkis.Untuk hasilkan resepi kek oren kukus yang tidak pahit, jangan parut kulit limau sehingga ke lapisan putih.Cukup sekadar lapisan luar sahaja.

Kami berikan beberapa tips untuk anda hasikan kek oren moist yang menepati selera :

1- Untuk elakkan kek berbau hanyir selain daripada penggunaan esen vanilla, semasa proses pecahkan telur, jangan lupa buang tali pusat telur.Ini yang sebabkan bau hanyir.

Bestnya resepi kek oren ni sebab boleh kukus dan dibakar.Memang sedap sebab moist.Kami beri tips untuk anda hasilkan kek oren yang menepati selera

2- Cara penyimpanan kek oren supaya tahan lama kerana ianya tidak menggunakan pengawet, jadi anda boleh masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais.

3- Cara untuk pastikan kek oren yang dikukus atau dibakar telah masak, cucuk lidi atau buluh dan keluarkan,jika ianya tidak melekat pada buluh, itu tanda kek anda sudah pun masak.

Bebanyak terima kasih kepada Puan Irma Sheky yang seikhlas hati memberi resepi kek oren sukatan cawan kepada kami semua.Untuk anda yang berada di Kelantan, boleh intai fb Puan Irma untuk tempahan kek dan kuih.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Penyet Beserta Sambal Ayam Penyet Sedap

Bahan Resepi Kek Oren Moist :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

* Satukan ketiga-tiga bahan di atas, gaul sekejap dan ayat 2-3 kali untuk dapatkan tekstur kek oren yang halus.

  • 4 biji telur gred A atau 5 biji telur gred B
  • 2 sudu makan lapisan luar parutan kulit buah sunkist
  • 1/2 cawan Sunquick Oren
  • 2/3 cawan gula
  • 2/3 cawan susu pekat manis
  • 1 cwn minyak sayuran
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh juga guna kaler oren.

* Bagi anda yang suka kek oren kurang manis , boleh kurangkan sesudu dua gula dan susu .Untuk dapatkan sukatan yang tepat guna cawan, kami galakkan anda guna cawan metrik yang ukuran standard.

Cara Buat Resepi Kek Oren Sukatan Cawan : 

#1: Dalam bekas, pecahkan telur. Buangkan tali pusat telur seperti gambar di atas untuk elakkan hanyir.Jika ianya dibuang semua, anda dah tak perlu tambahkan esen.

Bestnya resepi kek oren ni sebab boleh kukus dan dibakar.Memang sedap sebab moist.Kami beri tips untuk anda hasilkan kek oren yang menepati selera

Masukkan  gula dan pukul telur dan gula hingga  hancur sebati, barulah masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati. Anda boleh guna mixer mesin atau tangan.

* Jika adunan pekat atau berat utk dipukul blh selang selikan tepung dgn minyak yer. Buat hingga habis minyak & tepung.

#2: Tambahkan susu,pukul sekejap dan masukkan air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin tidak  berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan  mula kembang pada proses ini.

#3: Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkistdan juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan adunan kek oren boleh dimasak dengan dua cara :

* Sukatan satu adunan di atas adalah untuk sebiji kek bersaiz 8 inci x  8 inci atau 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2 inci x 6 1/2 inci seperti dalam gambar

Bestnya resepi kek oren ni sebab boleh kukus dan dibakar.Memang sedap sebab moist.Kami beri tips untuk anda hasilkan kek oren yang menepati selera

* UNTUK DIKUKUS :

Guna tupperware plastik tahan panas seperti dalam gambar, tuangkan adunan dan kukus dengan api bsr lebih kurang 25 – 35 minit atau sehingga masak (2 biji sekali kukus).

* UNTUK DIBAKAR :

Alaskan dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper, sapukan sedikit marjerin pada dinding loyang, tuangkan adunan dan bakar api atas bwh pada suhu lebih kurang 160-170°c, dlm 45 minit atau sehingga masak .

Tips untuk dapatkan resepi kek oren lebih moist, blh alaskan tray kek degan tray berisi air dan bakar.

Siap untuk dimakan.Selamat mencuba bagi anda yang mengidam kek oren ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom