Resepi Kek Oreo Mudah Kegemaran Anak-Anak. Gebu Gebas

20546
Kami berikan tips dan video tutorial resepi kek oreo untuk anda dapatkan hasil yang diingini.Memang sedap dan gebu kek oreo yang dicuba kali ini.Best.

Salah satu bahan yang popular selain daripada cheese adalah oreo.Seperti artikel kali ini, kami akan berikan resepi kek oreo beserta tips dan video tutorial. Selain itu anda boleh buat puding dengan oreo dan juga kek oreo cheesecake.

Memang banyak kek,resepi kekunaan biskut oreo ni.Biasanya kita hanya menggunakan biskut sahaja dan intinya tidak digunakan.

Untuk resepi kek oreo ini, kami berikan sukatan bahan resepi dalam bentuk gram bagi mudahkan anda dapat sukatan yang tepat.Kek ini sesuai dibakar dan rasanya sangat lembut.

BACA DI LINK BARU : Resepi Makaroni Goreng Daging Menu Untuk Sarapan Lazat

Untuk sedapkan lagi resepi kek oreo ini, anda boleh tukarkan penggunaan buttercup iaitu marjerin tapi dijual dengan nama buttercup dengan butter asli yang sebenar. Gunakan butter dari jenis unsalt.

Kami berikan tips dan video tutorial resepi kek oreo untuk anda dapatkan hasil yang diingini.Memang sedap dan gebu kek oreo yang dicuba kali ini.Best.

Tapi kalau guna buttercup pon dah cukup sedap dah resepi kek oreo anda. Terpulang kepada anda untuk masukkan semua oreo yang dihancurkan atau buat seperti kami iaitu letak di bahagian atas sedikit. Bagi membantu anda , kami sediakan video tutorial kek oreo khas untuk anda tengok sebelum membuatnya.

Dengan cara ini, pastinya sangat berguna bagi mereka yang mencubanya buat pertama kali. Kek oreo ini kami buat untuk saiz kecil sesuai loyang 7 inci dan untuk 4-5 orang.

Bahan Resepi Kek Oreo Mudah :

  • 50 gram oreo dihancur kasar
  • 125 buttercup / unsalt butter
  • 60 gram susu pekat manis
  • 50 gram gula kastor / gula putih
  • 1/2 sudu makan ovalette
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 130 gram tepung naik sendiri ( self raising flour )
  • 2 sudu makan susu cair
  • 2 biji telur ayam saiz sederhana

Untuk cara buat anda boleh juga tengok video yang kami berikan di bawah sekali bagi mudahkan anda hasilkan resepi kek oreo ini.

Cara Penyediaan Resepi Kek Oreo :

#1: Dalam bekas, pukul buttercup/unsalt butter dengan susu pekat manis menggunakan mixer tangan atau blender supaya sebati. Baru tambahkan telur, susu cair, ovalette, esen vanilla dan gula.Teruskan mixed sehingga sebati dan sedikit pekat.

#2: Masukkan tepung naik sendiri dengan 2/3 biskut oreo kasar tadi. 1/3 bahagian kita buatkan topping pada kek oreo.Tapi kalau anda nak letak semua pun boleh. Kacau sebati guna senduk kayu sahaja

Kami berikan tips dan video tutorial resepi kek oreo untuk anda dapatkan hasil yang diingini.Memang sedap dan gebu kek oreo yang dicuba kali ini.Best.

#3: Untuk elak kek oreo ni melekat, oles dasar dan dinding loyang 7-9 inci menggunakan buttercup atau marjerin. Ini mudahkan proses untuk keluarkan kek dengan sempurna.

Masukkan adunan dan hentak beberapa kali supaya rata.Boleh letak topping oreo.Panaskan oven 10 minit dan masukkan adunan resepi kek oreo. Bakar pada suhu 150’C selama 40-45 minit menggunakan api atas bawah.

Suhu oven bergantung kepada oven anda sendiri.

Dah siap dah kek oreo.Rasanya sangat sedap dan lembut.Boleh tengok video di bawah ni ya. Selamat mencuba.

VIDEO TUTORIAL KEK OREO :