Resepi Kek Pandan Cheese Melimpah.Best Sangat Dan Mudah Buat

16694
Wah sedap sangat resepi kek pandan cheese melimpah ruah ni. Kek pandan dia lembut sangat. Sedap makan dengan cheese yang mewah camni. Puas hati makan.

Bayangkan anda buat resepi kek pandan cheese meleleh ni. Dengan rasa lembut sangat kek pandan lepas tu rasa sejuk krim cheese dan dipenuhi dengan parutan cheese. Puas hati sangat kan. Yang bestnya, kek pandan kukus tu gebus sangat. Letak atas lidah terus rasa cair. Memang sedap dan puas hati makan.

Kalau nak buat jual resepi kek cheese meleleh ni, tak boleh jual murah sebab bahan yang digunakan adalah premium. Kang jual kang, tak balik modal. Apatah lagi nak dapat untung. Jadi kira elok-elok dan barulah letak harga yang sesuai.

Sedikit sebanyak tips yang anda kena tahu untuk kek pandan cheese meleleh ini :

1- Sukatan resepi dalam artikel ini akan hasilkan 4 bekas kek yang berukuran 450 sft.

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Kicap Ipoh Best Dan Mudah. Boleh Buat Sendiri Lepas Ni

2- Semasa mengukus kek pandan, isikan adunan 1/2 bekas sahaja dan pastikan tutup bekas dengan penutup semasa mengukus untuk elakkan air meniktik masuk.

3- Untuk lagi sedap, anda  boleh gantikan minyak masak dalam adunan kek pandan kepada minyak jagung.

Terima kasih kepada Puan Ariana Sofia Ahmad di atas perkongsian resepi kek pandan cheese meleleh ni. Memang betul-betul sedap la. Boleh la kami semua mencubanya nanti.

Kuantiti resepi kek pandan cheese dalam artikel ini akan hasilkan 4 bekas 450 sft. Jadi boleh la anda tentukan sukatan yang diperlukan ea. Best.

Wah sedap sangat resepi kek pandan cheese melimpah ruah ni. Kek pandan dia lembut sangat. Sedap makan dengan cheese yang mewah camni. Puas hati makan.

Bahan Resepi Kek Pandan Cheese Mewah :

Bahan Kek Pandan :

  • 5 biji telur (Gred B)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu makan ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 1 sudu teh perisa pandan coconut
  • 2 sudu teh pewarna hijau epal
  • 5 sudu makan minyak masak/jagung

Cara Buat Resepi Kek Pandan Cheese Kukus :

#1: Dalam bekas pengisar, maasukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovallete.Mix sebati menggunkan pengisar tangan atau mesin sehingga sebati dan gebu. Tapi masih cair.

Masukkan tepung yang di ayak terlebih dahulu bersama baking powder,soda bikarbonat dan cream of tartar. Mix lagi sehingga sebati. Jangan terlampau pekat.Masukkan minyak masak dan kacau laju dengan spatula

#2: Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Masukkan adunan 1/2 bekas sahaja dalam bekas 450 sft.Kukus 20 minit @ sehingga masak. Tutup bekas kek supaya air kukusan tak jatuh atas kek.

Wah sedap sangat resepi kek pandan cheese melimpah ruah ni. Kek pandan dia lembut sangat. Sedap makan dengan cheese yang mewah camni. Puas hati makan.

Untuk ketahui kek sudah masak atau belum, cucuk dengan lidi, Kalau tiada tepung melekat pada kek, masak dah kek pandan kukus anda. Kek juga akan naik memenuhi ruang bekas. Anda juga boleh goyang bekas, kalau tak bergoyang tiada cecair tu, masak la tanda tanya.

#3: Terbalik terus kek daripada bekas dalam 10 minit. Lepas tu, potong kek kepada dua bahagian dan ketepikan. Kalau atas tak rata., anda boleh potong kemaskan juga.

Sementara dalam tempoh mengukus kek tadi, boleh la buat resepi cheese meleleh. Jom tengok bahan resepinya.

Bahan Resepi Cheese Meleleh :

  • 300 gram cream cheese jenama Tartura
  • 1 1/2 cawan whipping cream jenama Anchor
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu segar
  • Cheddar cheese (diparut) iku suka jenama Beqa

Cara Buat Cheese Meleleh :

#1: Masukkan cheese, susu pekat dan whipping cream dalam bekas dan mix hingga sebati. Bila dah sebati, anda boleh masukkan dalam piping bag atau boleh ceduk. Simpan dulu 1/4 adunan untuk buat lapisan paling atas.

Masukkan adunan dalam piping bag/ceduk ke atas lapisan permukaan kek bawah. Ikut ketebalan anda suka. Lepas tu lapiskan kek dan letak pula adunan cheese di bahagian atas hingga anda rasa puas hati.

Wah sedap sangat resepi kek pandan cheese melimpah ruah ni. Kek pandan dia lembut sangat. Sedap makan dengan cheese yang mewah camni. Puas hati makan.

#2: 1/4 adunan yang disimpan tadi anda mix dengan susu segar biar sebati dan tuangkan 3-4 sudu makan ke atas pemukaan kek. Baru licin cantik permukaan kek pandan.

Akhir sekali, parut cheddar cheese ikut nafsu tekak anda. Hee. Nak sedap., simpan kek dalam peti sejuk 2-3 jam. Baru sejuk dan sedap dimakan.

Lengkap terbaik kami berikan resepi kek pandan cheese meleleh ni. Boleh la anda cuba kan. Yeay.

Wah sedap sangat resepi kek pandan cheese melimpah ruah ni. Kek pandan dia lembut sangat. Sedap makan dengan cheese yang mewah camni. Puas hati makan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom